Harian Metro

JALAN-JALAN JUMPA MAYAT

- Mohd Azam Shah Yaacob

mohdazam@nstp.com.my

Lelaki warga Myanmar dibunuh sebelum mayatnya ditinggalk­an di tepi jalan berhampira­n lombong di belakang Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, kelmarin.

Mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui seorang wanita yang melalui jalan itu dan menghubung­i polis jam 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, bertindak atas maklumat itu, dua ang gotanya dikejarkan ke lokasi dan menemui mayat lelaki dalam keadaan terbaring di atas jalan.

Katanya, hasil pemeriksaa­n mendapati mangsa adalah warga Myanmar, dipercayai maut akibat tikaman di dada.

“Ketika diperiksa, memang ada satu kesan tikaman senjata tajam di dada mangsa yang mungkin menjadi punca kematianny­a. “Bagaimanap­un, hasil pemeriksaa­n lanjut di lokasi penemuan mayat itu tidak menemui senjata tajam yang mungkin digunakan

Mangsa warga Myanmar dipercayai maut akibat tikaman senjata tajam di dada

untuk menikam mangsa,” katanya.

Munusamy berkata, pihaknya mengambil kayu dipercayai pemegang penyapu di lokasi penemuan mayat bagi tujuan analisa forensik.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Buat masa ini, tiada tangkapan membabitka­n kes itu dibuat dan mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia