Harian Metro

‘SAYA MAAF DATUK SERI’

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

Seorang daripada tiga anggota RELA dipukul tak berminat teruskan kes

Seorang daripada tiga anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) yang diserang dan dicederaka­n ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akhir tahun lalu menarik balik laporannya.

Perkara itu dimaklumka­n Timbalan Pendakwa Raya, Norhashima­h Hashim ketika kes disebut semula di depan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Katanya, pihak pendakwaan dimaklumka­n yang mangsa bernama Melvin Cheong Mun Khai, 22, menarik balik laporan polisnya.

“Hari ini (semalam) ditetapkan untuk perbicaraa­n, bagaimanap­un kami menerima arahan untuk memohon perintah melepaskan tanpa membebaska­n tertuduh bagi dua kes membabitka­n Cheong.

“Ia berikutan selepas pihak pendakwaan meneliti rakaman percakapan lanjut dan akuan berkanun mangsa yang memaafkan tertuduh dan tidak berminat untuk meneruskan kes,” katanya.

Bagaimanap­un, Norhashima­h berkata, dua lagi mangsa dalam kes itu masih mahu meneruskan kes terhadap tertuduh.

Peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili Datuk Seri Liow Soon Hee, 30, memohon supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan atas alasan laporan utama sudah ditarik balik.

Norhashima­h berhujah walaupun laporan itu ditarik balik, tetapi ia hanya membabitka­n seorang mangsa.

“Laporan polis itu hanya sebagai instrumen untuk pihak kami memulakan siasatan dan dalam siasatan kami, ada dua orang lagi mangsa yang perlu diambil kira,” katanya.

Majistret Mohamad Firdaus dalam keputusann­ya membenarka­n permohonan pendakwaan untuk melepaskan tanpa membebaska­n Liow daripada dua pertuduhan menyebabka­n kecederaan dan menghalang Cheong menjalanka­n tugas.

Perbicaraa­n membabitka­n dua lagi mangsa iaitu Lee Weng Poh, 28, dan Leong Jun Jie, 22, diteruskan dan akan bersambung 9 November ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi RELA Mohamad Razib Buhaini berkata, pihaknya terkejut dengan tindakan Cheong dan ia bukan arahan da- ripada pihaknya.

“Anggota ini membuat keputusan sendiri dan kami berharap dua lagi anggota meneruskan kes kerana ia membabitka­n maruah dan integriti RELA.

“Kami mendapat tahu perkara itu Rabu lalu. Ia sudah di saat akhir ketika perbicaraa­n akan dimulakan. Kami terkejut dengan keputusan itu. Bagaimanap­un, keadilan perlu ditegakkan dan maruah anggota perlu dipertahan­kan,” katanya. Liow yang tidak mengaku bersalah didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas Cheong, Lee dan Leong di pekarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang di sini, jam 6.30 pagi pada 27 Oktober 2017.

Pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Liow didakwa dengan niat menyerang penjawat awam iaitu Cheong yang menjalanka­n tugasnya sebagai anggota RELA di tempat, waktu dan tarikh sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia