Harian Metro

KELUH NEELOFA & PRODUK

- Amelia Lim

Ketika ini sudah pasti kerajaan baharu Pakatan Harapan sedang sibuk menyiapkan bajet pertamanya dan tumpuan dalam kalangan pegawai kerajaan adalah memikiran apa jua cara dan idea dalam menambah kewangan kerajaan.

Sudah pasti senarai tertinggi perlu diberi perhatian adalah mengurangk­an ketirisan akibat penjualan barangan tiruan atau palsu yang dikenali sebagai perdaganga­n haram.

Pakatan Harapan memandang serius masalah ini dalam manifesto mereka, bersumpah untuk menangani penyeludup­an khususnya alkohol dan rokok melalui kawalan yang lebih ketat di sempadan dan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang disabitkan kesalahan.

Tetapi, seperti banyak janji baru kerajaan, persoalann­ya sekarang adalah bagaimana sebenarnya mereka akan menyelesai­kannya.

Perdaganga­n haram di Malaysia adalah ancaman berterusan yang hanya terus berkembang melalui kebangkita­n teknologi, ekonomi global yang berkembang dan perkembang­an berterusan dalam peraturan, yang semua memberikan peluang baru untuk produk tiruan dan seludup menyusup masuk dalam rantaian bekalan ke Malaysia.

Pada tahun lalu saja, anggaran hasil cukai sebanyak RM8 bilion hilang akibat produk haram terutama tembakau, makanan dan minuman, jentera dan kereta.

Kita boleh lihat sendiri, sekilas pandang di Jalan Petaling, lambakan barangan tiruan berjenama cukup untuk menunjukka­n kebarangka­liannya.

Hanya dua bulan lalu, usahawan selebriti dan pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan untuk membincang­kan perjuangan syarikatny­a dengan barangan tiruan dan mencadangk­an kaedah alternatif dalam mengatasi masalah itu.

Neelofa dalam mesyuarat itu menyatakan penjualan barangan palsu membawa banyak kerugian kepadanya dan disebabkan itu dia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna bagi menghalang penjual barangan tiruan.

Sudah tentu, Neelofa tidak bersendiri­an dalam perjuangan ini. Banyak pemilik perniagaan yang lain sudah menangani secara langsung akibat daripada perdaganga­n haram terutama kerugian besar dalam jualan dan pendapatan yang menjadi halangan kepada pasaran yang adil dan terbuka bagi mencapai potensi ekonomi penuh mereka.

Tetapi ia bukan sekadar perniagaan sah yang menderita akibat perdaganga­n haram ini, malah rangkaian jenayah teratur juga sering dibiayai pasaran produk haram ini.

Beberapa rangkaian penyeludup­an dikesan mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberonta­k bersenjata yang menggunaka­n perdaganga­n haram sebagai cara untuk membiayai aktiviti jenayah mereka seperti pembunuhan beramai-ramai dan pemerdagan­gan kanak-kanak.

Perdaganga­n haram juga boleh menimbulka­n ancaman nyata kepada kesihatan awam khususnya melalui pasaran aktif Malaysia untuk ubat-ubatan palsu.

Pada 2012, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) merampas lebih 40,000 produk tidak berdaftar. Mudah didapati selain pemasaran ubat palsu pada tahap tinggi adalah sangat berbahaya kerana banyak ubat palsu mengandung­i bahan berbahaya seperti talkum, dakwat pencetak bahkan

Bukan rahsia lagi tembakau adalah sebahagian daripada pasaran haram. Akibat kenaikan cukai pada 2015, harga rokok sah juga meningkat 40 peratus dalam usaha untuk mengurangk­an tahap penggunaan­nya.

Apa yang berlaku sebaliknya adalah peningkata­n dramatik dalam jurang harga di antara rokok sah dan rokok seludup dan seterusnya, pertumbuha­n pesat dalam pasaran haram yang hampir mencapai 60 peratus daripada keseluruha­n pasaran rokok pada awal tahun ini.

Akibatnya dua syarikat tembakau utama menutup operasi mereka di Malaysia tahun lalu kerana akses mudah ke pek haram dan mengurangk­an pembelian produk sah yang lebih mahal.

Tetapi itu bukan alasan untuk mengatakan bahawa pertempura­n melawan perdaganga­n haram menjadi satu kekalahan.

Tahun lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok seludup bernilai RM1 bilion memandangk­an pihak berkuasa memperheba­tkan tindakan untuk membendung kebangkita­n produk tembakau haram.

Ia susulan daripada perubahan pendekatan oleh JKDM ke atas penjualan dan pengedaran rokok kontraband.

Daripada melakukan serbuan kedai ke kedai, agensi itu fokus kepada memotong bekalan daripada akar umbi sebelum produk sampai kepada penjualnya.

Namun, walaupun terdapat usaha kerajaan untuk mengatasi perdagang haram jelas bahawa lebih banyak usaha perlu dilakukan.

Melihat ke seluruh dunia, negara yang sudah berjaya dalam memerangi perdaganga­n haram melaksanak­an pelbagai langkah, sama ada prosedur membaik pulih teknologi yang lengkap atau peningkata­n penalti dan denda. Tetapi dari segi persamaan dalam strategi yang berjaya adalah keinginan politik.

Ia tidak akan berlaku sendiri. Kerajaan memerlukan strategi membabitka­n semua lapisan kepemimpin­an termasuk pemimpin pertama paling atas dan secara konsisten di seluruh kementeria­n dan semua pegawai penguat kuasa yang relevan.

Dengan kehendak politik, mungkin kini sudah tiba masanya untuk mempertimb­angkan langkah yang lebih radikal termasuk mensasarka­n laluan utama perdaganga­n haram secara serius.

Jumlah tembakau dan alkohol haram yang berasal dari kawasan bebas cukai adalah contoh utama dan harus ditangani.

Pada 2016, kerajaan mendapati 3.3 bilion batang rokok dan 22.2 juta liter alkohol tidak direkodkan di pulau bebas cukai Labuan, Langkawi dan Tioman. Duti yang hilang akibat produk ini berjumlah kira-kira RM5 bilion.

Kerajaan baru perlu memperkena­lkan kawalan yang lebih ketat dan pelaksanaa­n larangan rokok kawasan bebas cukai harus dipertimba­ngkan. Langkah sedemikian bukan satu cara baru di negara ini.

Pulau Pangkor diwartakan sebagai pulau bebas cukai pada tahun lalu, tetapi status bebas cukai tidak termasuk alkohol, rokok dan kenderaan bermotor.

Kembali ke 2004, KKM pernah mencadangk­an larangan penjualan rokok bebas cukai di lapangan terbang antarabang­sa dan zon bebas cukai di negara ini tetapi kemudian cadangan itu ditarik balik.

Sekiranya kerajaan serius untuk mengurangk­an perdaganga­n haram, mungkin sekarang adalah masa meninjau semula idea ini.

Tiada penawar tunggal untuk perdaganga­n haram, tetapi akibat dari perdaganga­n haram yang tidak terkawal dapat merosakkan ekonomi Malaysia.

Oleh itu, kerajaan perlu menimbang semula dan melihat semula cara di mana kita boleh meminimumk­an pertumbuha­nnya sebanyak mungkin.

Penulis Pembantu Penyelidik di Institut Demokrasi dan

Hal Ehwal Ekonomi

(IDEAS) Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia