Harian Metro

Jel 5 tahun bantu pengganas

-

Guru agama dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi semalam, atas pertuduhan mengendali­kan harta milik pengganas dengan membenarka­n kemasukan dan pengeluara­n wang daripada akaun banknya untuk kegunaan pengganas, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ahmad Junaidi Omar, 30, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding sebutan kes itu.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh berkuatkua­sa dari tarikh dia ditangkap pada 25 Mei tahun lalu.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Azman berkata, perbuatan membantu pengganas adalah kesalahan serius walaupun mempunyai hubungan darah daging.

“Kesalahan dilakukan perlu dibanteras jika tidak ia akan merebak,” katanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Junaidi didakwa dengan pengetahua­nnya membenarka­n kemasukan wang berjumlah RM6,360 milik Muhammad Fudhail Omar yang juga adik tertuduh ke dalam akaun bank miliknya dan seterusnya membuat pengeluara­n wang bagi manfaat pengganas itu.

Tertuduh seorang lulusan Diploma Bahasa Arab dari Mesir didakwa melakukan kesalahan itu di depan Maybank Cawangan Baling, Kedah, antara 28 dan 30 April 2017.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama, iaitu penjara sehingga 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta itu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Budiman Lutfi manakala tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan.

Terdahulu, Syahredzan merayu mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan ke atas anak guamnya atas alasan hanya sekali saja tertuduh menghantar wang kepada Muhammad Fudhail namun tidak mengetahui untuk apa ia digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia