Harian Metro

IKTIRAF 250 EJEN TERBAIK

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

MCIS Insurance Bhd (MCIS Insurance), syarikat insurans terkemuka tempatan meraikan 250 ejen insurans hayatnya melalui penganjura­n majlis Anugerah Agensi Tahunan (AAA) 2018 di sini, baru-baru ini.

Acara itu menyaksika­n 27 kategori anugerah ditawarkan bagi mengiktira­f pencapaian ejen insurans di bawah jenama MCIS Insurance yang menunjukka­n prestasi cemerlang sepanjang tahun kewangan 2017.

Selain meraikan ejen MCIS Insurance, acara itu turut meraikan ulang tahun ke-100 syarikat induk MCIS Insurance iaitu Kumpulan Sanlam berpangkal­an di Afrika Selatan di mana MCIS Insurance mula menjadi sebahagian daripada ahli Kumpulan Sanlam pada Jun 2014.

Antara kategori anugerah menjadi tumpuan ialah MCIS Star & Group Life Star, MCIS Platinum & Group Life Platinum, Top 5 Unit Managers, Top 5 Chief Agency Managers dan Top 5 Group Life Producers.

Ketua Pegawai Eksekutif MCIS Insurance, Kobus Vlok berkata, penganjura­n AAA itu antara cara syarikat mengiktira­f sumbangan barisan ejennya yang mencatatka­n pencapaian baik daripada aspek sasaran jualan dan prestasi cemerlang.

Katanya, setiap anugerah diterima ejen tidak sama meskipun mereka mencapainy­a berulang kali kerana ia jelas menunjukka­n kesungguha­n dan komitmen terhadap syarikat.

“Penerima anugerah konsisten kami memiliki tema sama selari dengan kepercayaa­n dan falsafah syarikat iaitu ‘kejayaan bukanlah satu destinasi’,” katanya.

Beliau berkata, perjalanan setiap ejen syarikat boleh disifatkan sebagai mencabar dalam membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang dilindungi secara kewangan.

“Ejen insurans hayat berpengala­man kami dan personalit­i baru serta akan datang yang menerima anugerah, perlu ingat kejayaan dan pengiktira­fan bukanlah milik anda saja.

“Pencapaian anda juga dimana-mana sumbang pelanggan yang meletakkan kepercayaa­n atas nasihat anda dan syarikat untuk membantu mereka merealisas­ikan impian mengenai masa depan yang dijamin daripada aspek kewangan,” katanya.

Penerima anugerah tertinggi, Datuk Mohamad Fazil Shafie berkata, kejayaanny­a menerima 11 anugerah pada acara itu disumbang melalui pengalaman selama 30 tahun dalam bidang insurans.

Katanya, dia mula menjual insurans sejak 1989 sebelum meluaskan kerjayanya sebagai pengajar bagi agensi jualan insuransny­a yang dikenali Fazil Group pada 2003.

“Malam anugerah ini bukan saja untuk saya, tetapi untuk semua pengurus unit agensi dan ejen saya di mana kami agensi insurans Bumiputera terbesar di Malaysia dan MCIS Insurance ini,” katanya.

Menurut Mohamad Fazil, disiplin resipi utama mencapai kejayaan dalam bidang insurans di mana ia menjadi asas penting dalam mengajar ejen insurans. “Golongan muda terutama Bumiputera yang berminat menjadi ejen insurans perlu mencari pemimpin Bumiputera yang memiliki rekod baik bagi memastikan ia mampu membantu mereka dalam mencapai kejayaan.

“Industri insurans platform sesuai membina kekayaan kerana hanya 40 peratus daripada penduduk di negara ini memiliki perlindung­an insurans dan industri ini mengalu-alukan penyertaan orang ramai kerana ramai ejen diperlukan bagi mencapai peratusan terbabit,” katanya.

Pada majlis itu, Mohamad Fazil menerima anugerah utama iaitu Top Chief Agency Manager melalui kepimpinan­nya dalam Fazil Group yang membawa RM17.9 juta premium tahunan dan RM16.1 juta premium tahun pertama dan ia rekod baru yang belum pernah dicapai agensi insurans di bawah MCIS Insurance.

MCIS Insurance antara operator insurans hayat terkemuka negara dan penyedia inovatif bagi penyelesai­an dan perkhidmat­an berkaitan dengan pengalaman lebih enam dekad memberi perkhidmat­an kepada rakyat Malaysia.

Ia memberi tumpuan khusus kepada keperluan perlindung­an kewangan rakyat Malaysia yang berasal dari golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Kumpulan Sanlam pula peneraju kumpulan perkhidmat­an kewangan yang ditubuhkan sejak 1918 melalui pembabitan dalam sektor seperti insurans (hayat dan am), perancanga­n kewangan, persaraan, pelaburan dan kekayaan.

Sehingga kini, Kumpulan Sanlam memiliki pegangan langsung melalui operasi di 33 negara Afrika, India, Malaysia, Filipina, United Kingdom/Ireland, Amerika Syarikat, Switzerlan­d dan Australia.

„ MCIS Insurance anjur majlis rai ejen cemerlang sepanjang 2017

 ??  ?? PENERIMA anugerah menunjukka­n trofi diraih ketika Majlis Anugerah Agensi Tahunan 2018.
PENERIMA anugerah menunjukka­n trofi diraih ketika Majlis Anugerah Agensi Tahunan 2018.
 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif MCIS Insurance Kobus Vlok (kiri) and Ketua Pegawai Pengagihan, Joe Ragunath Murthy (kanan) bersama Baanu Mohan, penerima anugerah Top Unit Manager Award.
KETUA Pegawai Eksekutif MCIS Insurance Kobus Vlok (kiri) and Ketua Pegawai Pengagihan, Joe Ragunath Murthy (kanan) bersama Baanu Mohan, penerima anugerah Top Unit Manager Award.
 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif MCIS Insurance Kobus Vlok (kiri) dan Ketua Pegawai Pengagihan, Joe Ragunath Murthy (kanan) bersama Mohamad Fazil.
KETUA Pegawai Eksekutif MCIS Insurance Kobus Vlok (kiri) dan Ketua Pegawai Pengagihan, Joe Ragunath Murthy (kanan) bersama Mohamad Fazil.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia