Harian Metro

21 HARI TAMAT

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my

„ 62,188 pengundi tentukan wakil suara Balakong ke DUN Selangor

Tempoh 21 hari berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong membabitka­n pertembung­an satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki dan Tan Chee Teong daripada MCA berakhir tengah malam tadi.

Biarpun tamatnya kempen secara konvension­al dan paling lama ditetapkan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) setakat ini, secara maya akan berlarutan sehingga pengundi berada di bilik mengundi hari ini.

Kini, terserah di tangan 62,188 pengundi membuat pemilihan sama ada mengundi Siew Ki atau Chee Teong membawa ‘suara’ mereka dalam DUN Selangor, selepas 28 daripada 31 pengundi awal dalam kalangan pegawai dan anggota polis mengundi pada 4 September lalu.

Mengikut statistik SPR, 62,219 pemilih berdaftar layak mengundi bagi PRK DUN Balakong mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang dikemas kini sehingga 2 Julai lalu.

Difahamkan, tiga daripada 31 pengundi awal tidak mengundi kerana tamat tempoh perkhidmat­an dan berdepan masalah disiplin.

SPR dalam pada itu menyasarka­n 70 peratus pengundi menunaikan tanggungja­wab pada PRK Balakong dan Seri Setia yang diadakan serentak hari ini, sekali gus mengatasi peratusan pengundi rendah pada PRK Sungai Kandis, 4 Ogos lalu.

Timbalan Pengerusin­ya, Tan Sri Othman Mahmood dipetik berkata, pengundi dinasihatk­an merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi pada saat akhir walaupun tempoh mengundi dilanjutka­n sehingga jam 5.30 petang.

Selain itu, bagi melancarka­n proses pengundian, SPR menambah 29 saluran baru termasuk dua untuk warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, menjadikan keseluruha­n 129 saluran di 17 pusat pengundian.

 ??  ?? PETUGAS SPR melakukan persiapan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2), Cheras.
PETUGAS SPR melakukan persiapan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (2), Cheras.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia