Harian Metro

Keliru dek persempada­nan semula

-

Publisiti lebih meluas terutama di kawasan yang sebelum ini bukan berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia perlu dilakukan bagi mengelak peratusan pengundi keluar mengundi hari ini rendah.

Pengurus Kanan Penyelidik­an Institut

Darul Ehsan (IDE) Khairul Arifin Mohd Munir, dalam satu laporan disiarkan semalam berkata, parti politik yang bertanding perlu meluaskan kempen ke kawasan menerima kesan persempada­nan semula sebelum ini selain meuar-uarkan tarikh mengundi.

Laporan bertajuk Pengalaman Sungai Kandis, Pengajaran Buat Seri Setia Meneliti Mentaliti Pengundi Sejak 14 Tahun Dahulu, antara lain menggarisk­an persempada­nan kawasan pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memberi kesan peratusan pengundian rendah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, bulan lalu.

Menurut laporan itu, DUN Sungai Kandis yang menerima kemasukan tujuh daerah mengundi baru dari DUN Sri Muda memberi kesan kepada lokaliti dalam daerah mengundi itu.

“Ini bermakna penduduk di lokaliti Bandar Puteri Klang, Johan Setia, Seri Gambut, Kampung Bukit Naga, Taman Berjaya, Jalan Kebun dan Jalan Husain di Jalan Kebun menerima kesan.

“Pengundi yang turun mengundi pada PRU14 lalu tidak sedar demografi

DUN atau Parlimen yang mereka terbabit. Mereka turun mengundi kerana

untuk turun mengundi bagi satu pilihan raya umum,” katanya.

Khairul Arifin berkata, berdasarka­n tinjauan melalui telefon dilakukan IDE pada hari mengundi bagi PRK Sungai Kandis, lima daripada 10 pengundi dihubungi tidak tahu mereka terbabit dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, secara asas pengundi tidak sama antara PRU dan PRK manakala kekeliruan timbul di lokaliti bersempada­n dengan DUN lain seperti DUN Sentosa yang dulunya sebahagian daripada DUN Seri

Andalas (kini DUN Sungai Kandis).

“Kesimpulan­nya, wujud beberapa senario kesan persempada­nan lalu iaitu pengundi tidak tahu atau sedar mereka terbabit dalam PRK,” katanya.

mood

mood

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia