Harian Metro

ISYTIHAR NANTI

- Nur Lela Zulkipli nurlela@nstp.com.my

„ Halimey sedia umum jumlah harta dalam masa terdekat

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar sedia mengisytih­arkan hartanya dalam masa terdekat namun bukan sebelum hari pengundian.

Halimey berkata, setakat ini tiada keperluan baginya mengisytih­arkan harta namun bersedia berbuat demikian jika ada permintaan daripada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

“Saya terima pandangan mereka (UMNO dan PAS), sedia isytihar harta, tetapi saya perlu berbincang dengan kepimpinan terlebih dulu. Tiada masalah bagi saya,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas kepemimpin­an PAS dan UMNO Selangor menggesa calon PRK DUN Seri Setia mengisytih­ar harta sebelum hari pengundian hari ini.

Halimey berkata, pemimpin UMNO dan PAS sepatutnya menyuaraka­n lebih awal bagi meminta calon mengisytih­arkan harta.

“Saya percaya mereka sengaja timbulkan isu ini pada saat akhir kempen,” katanya.

Sementara itu, Halimey yakin memenangi kerusi DUN Seri Setia 96 peratus berdasarka­n penerimaan pengundi terhadapny­a ketika menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menjalanka­n banyak penambahba­ikan bagi penduduk di Seri Setia.

Ditanya perkara pertama dilakukan jika memenangi PRK DUN Seri Setia hari ini, Halimey berkata, beliau ingin memastikan Pusat Khidmat Seri Setia berfungsi dengan teratur.

 ??  ?? PERSIAPAN dilakukan di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Kelana Jaya.
PERSIAPAN dilakukan di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Kelana Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia