Harian Metro

‘Biar adil kepada semua’

-

Hans saran proses pengurusan

industri filem tanah air diubah

“Bagaimanap­un, adakah pelakon, pengarah, warga teknikal, kreatif dan penulis skrip, menjadi jutawan? Tidak. Adakah Mamat Khalid kini bergelar jutawan? Tidak. Jadi apa yang kita mahu banggakan?” katanya.

Hans yang pernah berlakon dalam produksi Filipina dan Thailand turut membuat perbanding­an bagaimana produksi di sana mendapat keuntungan sehingga mampu bergelar jutawan.

“Di Malaysia, kita hanya mengharapk­an pihak penerbit memberi bonus. Namun di negara luar, sebagai contoh

Filipina, pengarah akan jadi jutawan apabila filem yang dihasilkan mencatat kutipan pecah panggung. Di sini, penerbit dan pihak panggung yang bertambah kaya.

“Pengamal kreatif lain termasuk yang di belakang tabir tidak dapat banyak pulangan,” katanya.

Hans berkata demikian bukan kerana cemburu dengan kejayaan dua filem itu. Dia cuma mempertika­ikan pengagihan keuntungan dalam kalangan pengamal kreatif tempatan.

“Jangan salah faham, saya memang sangat bangga dengan pencapaian dua filem ini. Itu bermakna dua karya ini bagus.

“Apa yang saya ingin tekankan adalah proses pengurusan industri filem kita perlu diubah.

Jika corak pengurusan itu ditukar, pasti industri filem kita akan lebih adil buat semua pihak yang terbabit termasuk pengamal kreatif,” katanya.

Berkongsi perkembang­an terbaru, Hans bakal mewakili Malaysia dalam program realiti Celebrity Car Wars yang menghimpun­kan beberapa selebriti Asia Tenggara.

Bercakap mengenai program itu, Hans mendedahka­n dia sanggup menolak tawaran produksi luar negara lain demi Celebrity Car Wars.

“Hala tuju karier saya sekarang adalah untuk terbabit dalam program yang lebih besar. Celebrity Car Wars semakin mendapat perhatian jutaan penonton di seluruh dunia dan disebabkan itu saya menerima tawaran daripada produksi luar,” katanya.

Program berkenaan membariska­n selebriti dari Asia Tenggara termasuk Diego Loyzaga dan Xian

Lim dari Filipina, Munah Bagharib (Singapura) serta Matthew Deane dan Lydia Sarunrat dari Thailand.

Celebrity Car Wars bakal ditayangka­n setiap Ahad, jam 9.55 malam di saluran History Channel (Astro 575) bermula 9 September ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia