Harian Metro

Jadi nenek pun boleh! DIDIE

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Pada usia 45 tahun, pelakon dan pengacara terkenal Didie Alias mengakui tidak kisah melakonkan apa saja watak termasuk nenek dalam drama mahupun filem.

Menurut pemilik nama sebenar Fadzilah Mohd Ali ini, apa yang penting, watak ditawarkan itu meninggalk­an kesan mendalam kepada penonton.

“Sebagai pelakon, kita tidak boleh memilih kerana setiap watak ditawarkan ada kekuatan tersendiri dan menghidupk­an jalan ceritanya.

“Pelakon juga perlu mempelbaga­ikan watak dan tidak terikat pada sesuatu karakter saja sekiranya mahu jadi versatil.

“Namun, pengarah juga perlu peka jika menawarkan saya watak nenek dan tidak menggandin­gkan saya dengan pelakon hampir sebaya untuk menjadi anak saya dalam drama,” katanya.

Didie ditemui pada sidang media promosi jelajah produk kosmetik yang berlangsun­g di pusat beli- belah KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia dijayakan barisan selebriti popular seperti

Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice.

Mengenai perkembang­an karier seni, kata Didie, dia baru selesai penggambar­an drama bersiri 20 episod berjudul Plan Cinta untuk TV3.

Drama bersiri ini dibintangi Nazrief Nazri, Redza Rosli dan ramai lagi.

“Saya melakonkan watak emak kepada hero dalam cerita komedi ringan ini.

“Selain itu, saya juga terbabit dengan drama sempena Anugerah Juara Lagu berjudul Makcik Unplugged berganding dengan Aiman Tino,” katanya.

Selain drama, Didie juga bakal terbabit dalam filem aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar pada Oktober nanti.

“Saya terima tawaran Ghaz kerana wataknya menarik.

“Ia juga kemunculan semula selepas lapan tahun tidak berlakon filem.

“Kali terakhir saya berlakon filem aksi komedi Oh Mak Kau,” katanya

Sebagai pelakon, Didie tidak memilih watak asalkan munasabah

 ??  ??
 ??  ?? Pelakon perlu mempelbaga­ikan watak dan tidak terikat pada sesuatu karakter saja sekiranya mahu jadi versatil
Pelakon perlu mempelbaga­ikan watak dan tidak terikat pada sesuatu karakter saja sekiranya mahu jadi versatil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia