Harian Metro

Kelab Kerdil Punyai

-

Debaran undian Liga JuaraJuara berakhir minggu lalu selepas masing-masing sudah mengetahui nasib dan peluang mereka sepanjang kejohanan berprestij peringkat kelab di Eropah ini yang sering dikuasai oleh kuasa besar seperti Real Madrid, Barcelona, Juventus, Atletico Madrid, AC Milan, Chelsea mahupun Manchester United.

Bagaimanap­un, beberapa kelab elit di Eropah harus buka mata dan berikan perhatian yang lebih untuk saingan musim ini dengan tidak memandang mudah kelab dari Liga Russia, Belanda, Portugal, Ukraine mahupun Turki.

Kelab kelas kedua seperti PSV Eindhoven,

Ajax Amsterdam, Benfica, Lokomotiv Moscow,

Benfica serta beberapa lagi dilihat mampu untuk menghadirk­an ancaman kepada pasukan dari lima liga utama Eropah, Liga Perdana Inggeris, La Liga, Serie A, Bundesliga serta Ligue 1.

Selepas mengenal pasti beberapa tonggak muda kelab gergasi yang dijangka turut akan menyerlah di Liga Juara-Juara seperti Kylian Mbappe (Paris SaintGerma­in), Christian Pulisic (Borussia Dortmund), Vinicius Jr (Real) dan

Arthur (Barcelona), kehadiran pemain seperti Steven Bergwijn (PSV), Matthijs de Ligt (Ajax) serta Henry Onyekuru (Galatasara­y) tidak harus diketepika­n.

Bergwijn yang juga pemain sayap PSV, jelas sekali perlu diberi perhatian sepenuhnya terutama sekali pasukan dalam Kumpulan B seperti Tottenham Hotspur, Barcelona dan Inter Milan.

Dia dikatakan antara tonggak yang mampu untuk menggegar benua Eropah musim ini dan amaran awal sudah dibuktikan selepas menjaringk­an gol ketika pusingan kelayakan Liga Juara-Juara menentang BATE Borisov dari Belarus.

Pemain antarabang­sa Belanda bawah 21 tahun itu juga tidak asing lagi dalam Liga Juara-Juara pada musim 2016/17 selepas melakukan enam penampilan namun gagal meneruskan­nya pada musim lalu kerana PSV gagal melayakkan diri dan tahun ini mungkin dia berpeluang menjaringk­an gol sulung di kejohanan berkenaan.

Bergwijn tidak keseoranga­n kerana seorang lagi pemain yang dijangka mampu menonjol ialah rakan sepasukann­ya,

Hirving Lozano iaitu pemain antarabang­sa Mexico yang mencetak nama sebagai penjaring gol di Piala Dunia.

Lozano yang menjaringk­an gol kemenangan di Russia ketika Mexico mengalahka­n Jerman di peringkat kumpulan, setakat ini sudah membuat tujuh penampilan keseluruha­n bersama PSV pada awal musim ini dengan meledak empat gol.

Musuh tradisi PSV, Ajax juga turut ketinggala­n mempunyai tonggak muda terutama sekali dengan kehadiran pertahanan tengah, Matthijs de Ligt, yang sebelum ini dikaitkan akan ke Barcelona dan Tottenham.

Pada 2017 dia menjadi pemain paling muda beraksi dalam perlawanan akhir Liga Europa menentang United dan tahun ini diharap mampu membawa Ajax ke peringkat yang lebih tinggi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Rakan sepasukan, De

Ligt, Frankie De Jong juga mempunyai segalanya untuk membantu Ajax dalam Kumpulan E yang terdiri dari Bayern Munich, AEK Athens dan Benfica.

De Ligt dilabel sebagai seorang pemain yang mempunyai gabungan antara Kaka dan Sergio Busquets, jadi peminat saingan Liga Juara-Juara sudah pasti tidak sabar untuk melihat bintang muda ini menguasai di bahagian tengah dalam mana-mana perlawanan.

Pemain kelahiran Nigeria, Henry Onyekuru sangat bertuah kerana boleh beraksi dalam saingan Liga JuaraJuara selepas dipinjamka­n dari Everton ke Galatasara­y.

Baru berusia 21 tahun, Onyekuru sebenarnya sudah mempunyai pengalaman beraksi enam perlawanan di kejohanan berprestij

 ??  ?? GEDSON Fernandes
GEDSON Fernandes
 ??  ?? FRANKIE De Jong
FRANKIE De Jong
 ??  ?? DIOGO Leite
DIOGO Leite

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia