Harian Metro

Senjata Ampuh

-

itu ketika dipinjamka­n ke Anderlecht musim lalu.

Tidak menjaringk­an gol ataupun melakukan hantaran menghasilk­an jaringan dalam keenam-enam perlawanan itu, bukan satu masalah buat Onyekuru untuk menyinar musim ini bersama kelab gergasi Turki.

Pemain sayap Shakhtar Donestsk, Viktor Kovalenko adalah antara watak utama yang membantu kelab dari Ukraine itu untuk melepasi peringkat kumpulan

Liga Juara-Juara musim lalu, termasuk ketika mengalahka­n City 2-1 pada perlawanan terakhir.

Kali ini, emain berusia 22 tahun ini dijangka sekali lagi bakal memukau peminat tempatan mahupun seluruh Eropah, bahawa Shakhtar sangat bertuah kerana berjaya memilikiny­a, yang sudah membuat penampilan sebanyak 125 perlawanan walaupun pada usia muda.

Lokomotiv pula agak berlainan berbanding pasukan lain, kerana mereka mempunyai bintang muda kembar yang baru berusia 22 tahun iaitu Anton dan Alexey Miranchuk.

Lebih menarik keduaduany­a beraksi di bahagian tengah namun Alexey lebih banyak beraksi sebanyak

148 perlawanan bersama Lokomotiv, sebenarnya kedua-dua pemain ini adalah sangat penting buat kelab serta negara sejak kebelakang­an ini.

Disenaraik­an dalam skuad Piala Dunia di laman sendiri bakal meningkatk­an lagi keyakinan mereka untuk terus mengharumk­an nama Lokomotiv yang diundi dalam Kumpulan D bersama FC Porto, Galatasara­y dan Schalke O4.

Kelab dari Portugal, Porto pula bakal mempertaru­hkan pertahanan tengah mereka, Diogo Leite, yang menunjukka­n aksi mengagumka­n bersama pasukan simpanan musim lalu.

Pemain yang diintai Liverpool, Arsenal dan

City ini pernah membantu Portugal muncul juara Euro Bawah 17 tahun pada 2016.

Selain Porto satu lagi kelab dari negara sama, Benfica tidak kurang hebatnya, dengan kehadiran dua pemain, Joao Felix dan Gedson Fernandes.

Kedua-dua pemain tengah ini boleh dijadikan sebagai penggerak utama buat Benfica dalam mencari jaringan ataupun mengatur serangan merbahaya.

Felix yang baru berusia 18 tahun, berjaya meledak tujuh gol daripada 29 penampilan bersama Benfica B musim lalu, manakala Fernandes pula dikatakan memiliki kelebihan dari segi kemahiran menggelece­k dan sedang diburu United.

Jika berjaya memberi impak tidak mustahil setiap bintang muda ini mampu menjadi buruan kelab gergasi Eropah menjelang pasaran perpindaha­n kedua yang bakal dibuka Januari depan, paling penting setakat ini adalah untuk membantu pasukan masingmasi­ng melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

 ??  ?? ALEXEY Miranchuk
ALEXEY Miranchuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia