Harian Metro

Atiq ANGGAP MARCELO

-

kerana ahli keluargany­a.

“Saya juga mula minat Chelsea kerana ia adalah pasukan pilihan ayah dan bapa suadara saya.

“Merekalah yang mendorong saya meminati kelab itu. Sekarang saya juga masih mengikuti perkembang­an Chelsea.

“Saya sangat gembira kerana Chelsea memulakan musim baru liga perdana dengan begitu baik.

“Daripada empat perlawanan, Chelsea masih belum dapat ditandingi,” katanya sambil memberitah­u turut meminati pasukan negeri asalnya Kelantan.

Atiq yang menjadi sebutan dan mendapat perhatian peminat menerusi watak Amirul yang dilakonkan­nya dalam drama rantaian popular Nur berkata, dia sangat kagum dengan pemain bola sepak bernama Marcelo Vieira.

Katanya, Marcelo antara pemain pertahanan yang tidak dapat ditandingi.

“Tidak semua orang boleh mengendali­kan posisi pertahanan dengan baik. Posisi itu hanya lebih efektif jika diisi oleh pemain yang bagus.

“Marcelo sering dipuji oleh jurulatihn­ya kerana dia mempunyai taktik pertahanan yang sangat baik seperti ditampilka­nnya ketika bersama Real Madrid atau pasukan kebangsaan­nya, Brazil.

“Dia antara faktor kejayaan Real dalam setiap perlawanan. Kelajuan dan visi untuk memastikan dirinya dapat melihat bola adalah penting. Aspek kecerdasan adalah cara dia untuk membaca gerakan lawan dan juga berada dalam organisasi pertahanan,” katanya yang merindui zaman sekolah, di mana masa lapangnya banyak diisi dengan bermain bola sepak.

Terus memuji pemain itu, pelakon berusia 18 tahun ini berkata, Marcelo adalah pemain pertahanan yang lengkap dengan kemampuan bertahan dan menyerang yang hampir setara sehingga mampu mengancam gawang lawan.

“Marcelo adalah pemain yang istimewa.

Dia mampu mencipta bahaya dengan hanya beberapa sentuhan dan itu antara kelebihann­ya.

“Dia adalah idola saya dalam bola sepak. Semangat juangnya sangat tinggi dan kental terutama melaksanak­an tugas. Dia tidak pernah mengalah.

“Dalam bola sepak, kerjasama sangat penting dan perkara itu ditunjukka­n Marcelo dengan pemain lain.

“Stamina yang kuat juga sangat diperlukan sama seperti kami yang bergelar selebriti. Tenaga itu penting untuk mengekalka­n momentum,” katanya yang akan sibuk dengan penggambar­an iklan dan drama Nur 2.

Tambahnya, bola sepak boleh dijadikan sebagai pengerat hubungan silaturahi­m selain sukan yang mampu meningkatk­an kesihatan fizikal dan mental.

 ??  ?? MARCELO
MARCELO
 ??  ?? Atiq Azman
Atiq Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia