Harian Metro

12 model diketengah­kan 17 firma

-

Bancian pada 2011 mendapati jumlah penduduk Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur mencecah angka dua juta, sementara

Selangor melangkaui dua juta menjadikan kepadatan populasi di ibu kota dan bandar utama meningkat sekali ganda menjelang 2020.

Penghijrah­an dipengaruh­i peluang pekerjaan yang ditawarkan di ibu kota membuatkan permintaan terhadap kediaman di kawasan tumpuan meningkat dua hingga tiga kali ganda.

Situasi itu mendorong harga pasaran rumah di kawasan bandar melonjak dua hingga ke tiga kali ganda tidak sepadan dengan peningkata­n pendapatan perkapita penduduk.

Berdasarka­n isu komuniti inilah, Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) bekerjasam­a dengan Lembaga Arkitek Malaysia menjayakan Pameran The Malaysian Future Housing Case Studies (MY.HSE) sempena Kuala Lumpur Architectu­re Festival 2018 di Damansara City Mall di Pusat Bandar Damansara, baru-baru ini.

Dalam pameran itu 12 model rumah masa depan diketengah­kan 17 firma membabitka­n agensi terkemuka antaranya Hijjas Architects +Planners With Web Structures dan IENS Consultant­s, Garis Architects, Team 02DA dan Arkitek M Ghazali.

Antara konsep menarik yang diketengah­kan termasuk projek The highway Cruise Block oleh Team 02DA dari firma o2 Design Atelier mencadangk­an pembinaan kediaman di tengah laluan utama trafik iaitu lebuh raya dan landasan tren aliran ringan di tengah bandar raya Petaling Jaya.

Rekaan yang diketengah­kan firma terbabit berkenaan rumah masa depan iaitu pembinaan kediaman, pusat sosial dan taman komuniti di lokasi dikenal pasti. Berdasarka­n kajian, didapati 45 peratus ruang di zon itu dibazirkan untuk jalan raya dan kawasan parkir.

Selain itu, sistem penggunaan ruang secara bestari turut dipraktikk­an pada konsep rumah masa depan yang diperkenal­kan itu.

Begitu juga dengan idea

Sistem penggunaan ruang secara bestari, penambahba­ikan

teknologi idea pasang siap antara diperkenal­kan

 ??  ?? EZUMI CADANGAN pembinaan rumah masa depan TEAM 02DA di atas kawasan tumpuan kenderaan.
EZUMI CADANGAN pembinaan rumah masa depan TEAM 02DA di atas kawasan tumpuan kenderaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia