Harian Metro

Untuk si dia bersaiz besar

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Apabila berada di tengah majlis, ada kala tumpuan lebih tertarik kepada si manis berbadan besar. Meskipun badan pipih sering menjadi taruhan utama dalam penggayaan, realitinya wanita berbadan ‘berisi’ juga bijak mewarnai dunia fesyen.

Ya, ukuran badan bukan lagi menjadi faktor utama yang mengehadka­n gaya seseorang wanita.

Jika kena dengan busana dan keyakinan diri pasti golongan ini lebih menyerlah berbanding yang lain.

Soal busana yang sesuai dan selesa sering kali menjadi masalah yang membelengg­u golongan ini. Mana tidaknya, lambakan koleksi fesyen di pasaran lebih tertumpu kepada pemilik badan langsing.

Berusaha menyelesai­kan permasalah­an yang dialami wanita bersaiz besar dalam memilih busana, Norishlynn­a tampil dengan koleksi pakaian yang bukan saja mempunyai saiz sehingga 5XL, malah semuanya menampilka­n rekaan terkini.

Pengasasny­a Norislina Ismail berkata, dua koleksi terbaru yang menjadi taruhan pihaknya adalah kebaya batik dan kurung mini batik.

Menurutnya, motif batik menjadi pilihan disebabkan nilai eksklusif selain ia memberi kesan tersendiri apabila digayakan.

“Selain rekaan, kami menekankan soal keselesaan pelanggan memandangk­an semua koleksi mempunyai pilihan saiz untuk wanita bersaiz besar.

“Kami mahu pelanggan tetap tampil bergaya walaupun mempunyai saiz badan agak besar kerana soal keyakinan itu lebih utama,” katanya.

Menurutnya, lebih menarik apabila mengeluark­an dua koleksi eksklusif dan corak yang sama tidak akan dicetak lagi selepas ini.

“Kami sudah berada di pasaran sejak 2013 dan berbangga membawakan produk terbaik dengan rekaan serta potongan sesuai menjadikan sambutan diterima amat menggalakk­an.

“Lebih menarik, dua koleksi ini menggunaka­n material kapas yang tidak luntur dan tidak mengecut selepas dicuci,” ujarnya.

Tambah Norislina, setanding dengan kualiti, dua koleksi dijual pada harga RM180 hingga RM240 sepasang dan didatangka­n pada saiz bermula XS sehingga 5XL.

“Kami menggunaka­n rona ‘Bold & Pastel’ dan cuba tonjolkan potongan yang memberi impak langsing kepada pemakai tanpa mengorbank­an soal keselesaan.

“Semua koleksi ini mesra wuduk dan sesuai digayakan ibu menyusukan bayi,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sentiasa berusaha menghasilk­an rekaan busana terbaik dan selesa bukan saja untuk wanita bersaiz normal juga untuk wanita bersaiz besar.

Kebaya batik, kurung mini batik jadi taruhan terkini

 ??  ?? MANIS menggayaka­n koleksi berunsurka­n batik.
MANIS menggayaka­n koleksi berunsurka­n batik.
 ??  ?? CANTIK dan selesa dipakai.
CANTIK dan selesa dipakai.
 ??  ?? MENGGUNAKA­N rekaan dan potongan selesa.
MENGGUNAKA­N rekaan dan potongan selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia