Harian Metro

Ringkas dengan gaya polos

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Tudung diketengah­kan rata-ratanya daripada fabrik kapas dan

tanpa perincian

Tudung bawal satu ketika dulu cukup popular dalam kalangan Muslimah di negara ini. Daripada penggunaan pelbagai jenis fabrik hinggalah hiasan manik, batu permata atau labuci, boleh dikatakan tudung bawal hingga hari ini seolah-olah tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Butik dalam talian Tashafatni­n menghasilk­an tudung bawal direka khas bagi wanita yang mementingk­an penampilan ringkas dengan gaya polos.

Menurut pemiliknya Natasha Fatnin Mohammad, koleksi tudung bawal butiknya memiliki ciri eksklusif terdiri daripada lebih 20 warna menarik, mudah digayakan dan menjimatka­n masa.

Menariknya, tudung yang diketengah­kan rata-ratanya daripada fabrik kapas dan tanpa perincian berlebihan untuk menarik minat mereka yang gemarkan penampilan ringkas dan sederhana.

Katanya, idea menghasilk­an tudung berkenaan tercetus apabila mendapat maklum balas pemakai yang meminati fabrik kapas yang dikatakan lebih selesa terutama ketika cuaca panas.

Dengan rekaan ringkas dan tidak berlebihan, tudung ini masih memiliki kelompok peminatnya tersendiri biarpun dengan kewujudan pelbagai gaya, corak dan rekaan tudung dan selendang di pasaran.

“Saya memang penggemar tudung bawal sejak dulu, malah yakin ia masih diminati ramai. Sehingga hari ini walaupun terdapat banyak produk tudung di pasaran, bagi wanita yang selesa dengan tudung bawal, mereka tidak akan beralih.

“Bagaimanap­un, saya lebih fokus dengan penggunaan fabrik kapas. Bagi tudung ini fabrik kapas yang digunakan berkualiti tinggi, tidak nipis dan tidak panas. Selain itu, kainnya tidak berbulu, tidak mudah renyuk malah mudah terbentuk walaupun tidak diseterika,” katanya.

Baginya pemilihan warna juga penting, oleh itu dia memfokuska­n warna lembut yang lebih dekat dengan wanita. Namun, warna terang dan berani juga ditawarkan buat mereka yang mahu tampil berkeyakin­an dan elegan.

Dalam usaha memberikan kelainan kepada tudung bawal keluaranny­a, Natasha turut menambah gaya eksklusif dengan perincian manik berkilauan tapi masih ringkas dan tidak berlebihan.

Natasha berkata, selain tudung bawal, jenama itu turut mengeluark­an pelbagai jenis selendang bagi memberi lebih banyak pilihan bagi mereka yang gemar menggayaka­n selendang.

Apa yang penting katanya, mengekalka­n semua ciri yang menjadi tunjang perniagaan­nya iaitu ringkas, mudah digayakan dan material berkualiti.

Dari segi harga pula, koleksi ini dijual dengan harga berpatutan mengikut jenis tudung atau selendang serta rekaan serendah RM25 hingga RM59.

“Rekaan terbaru akan sentiasa dikemas kini setiap minggu dengan lebih memberi fokus kepada tudung bawal kerana ia lebih mudah dan membantu Muslimah bergaya sopan dan ringkas,” katanya.

 ??  ?? TETAP manis dengan penampilan ringkas dan sopan. Sehingga hari ini walaupun terdapat banyak produk tudung di pasaran, bagi wanita yang elesa dengan udung bawal, mereka tidak akan beralih
TETAP manis dengan penampilan ringkas dan sopan. Sehingga hari ini walaupun terdapat banyak produk tudung di pasaran, bagi wanita yang elesa dengan udung bawal, mereka tidak akan beralih
 ??  ??
 ??  ?? GAYA ranggi dan selesa dengan tudung kapas.
GAYA ranggi dan selesa dengan tudung kapas.
 ??  ?? TUDUNG bawal masih diminati.
TUDUNG bawal masih diminati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia