Harian Metro

Beri hadiah cara mewah

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Fesyen dan makanan tradisi. Mungkin kombinasi kedua-duanya kedengaran janggal, namun usaha Hilton Kuala Lumpur dan pereka fesyen bertaraf antarabang­sa kelahiran Malaysia, Khoon Hooi menggabung­kan kedua elemen itu suatu anjakan paradigma dalam keduadua industri.

Bayangkan anda dihadiahka­n bekas eksklusif hasil rekaan pereka fesyen terkemuka yang didatangka­n bersama kuih bulan di dalamnya, pastinya ia cukup menarik dan unik menjadikan tradisi pemberian kek bulan tahun ini sebagai satu hadiah yang mewah.

Bekas hadiah kek bulan yang eksklusif dan elegan dalam bentuk seakanakan beg tangan kecil itu amat sesuai untuk orang tersayang. Bekas istimewa itu turut dihiasi fabrik broked yang digunakan dalam koleksi musim luruh Khooi Hooi.

Terdapat dua pilihan kotak sama ada edisi terhad Midnight Bloom atau kotak siri Blossom edisi pengumpul.

Menariknya, pembungkus­an unik itu bukan saja tampak mewah, malah pelbagai guna termasuk sebagai beg tangan mahupun bekas barang kemas.

Pengarah Pembanguna­n Perniagaan Hilton Kuala Lumpur Alex Cotterill berkata, kerjasama itu bukan berakhir di situ, tetapi berterusan kerana bidang perhotelan dan fesyen memang saling berkaitan.

Katanya, tradisi menghadiah­kan kuih bulan mendapat sentuhan kemewahan ‘couture’ apabila hotel itu berganding­an dengan Khoon Hooi sekali gus mencipta revolusi tersendiri.

“Tenaga kreatif sentiasa mengalir melalui hotel dan itulah bagaimana ia terus kekal relevan. Hotel dan fesyen adalah gandingan semula jadi dalam usaha ini dan kami percaya bahawa kerjasama ini adalah tepat dan sempurna yang tidak akan berakhir di sini,” katanya pada pelancaran kerjasama itu di Chynna, Hilton Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu,

Khoon Hooi turut memuji hotel berkenaan yang menyelaras secara kreatif untuk projek seumpama ini buat pertama kali di Malaysia.

Katanya, menonjolka­n perhatian terhadap perniagaan kreatif melalui kerjasama antara pereka fesyen dan syarikat hospitalit­i adalah penting untuk terus membantu menyokong bakat kreatif di negara ini.

 ??  ?? ALEX (kanan) bersama Khoon
Hooi (dua dari kanan) bersama koleksi bekas hadiah
istimewa.
ALEX (kanan) bersama Khoon Hooi (dua dari kanan) bersama koleksi bekas hadiah istimewa.
 ??  ??
 ??  ?? FABRIK broked menambah ciri
mewah.
FABRIK broked menambah ciri mewah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia