Harian Metro

Ringkas tapi tetap ranggi

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Dunia fesyen hari ini ternyata meriah dengan variasi fesyen untuk kaum Adam dek kecenderun­gan mereka terhadap gaya urban dan terkini.

Seiring peredaran dunia fesyen yang kian rancak, permintaan daripada masyarakat kini mementingk­an gaya lebih kasual. Lelaki hari ini bukan saja mementingk­an gaya, tetapi juga keselesaan dan kekemasan ketika mengenakan pakaian.

Pemakaian kemeja-T pula bersifat universal yang sentiasa menjadi pilihan golongan ini untuk acara santai.

The Leroy tampil dengan rekaan kreatif menjadikan pilihan busana sedia dipakai (RTW) untuk mereka yang mementingk­an gaya ringkas tapi tetap ranggi.

Menurut Presiden dan Pengarah Kreatifnya, Hadzul Faridhine Leroy, setiap rekaan jenama itu sentiasa mengikut peredaran fesyen dunia. Oleh itu, rekaan segar dan warna terang menjadi kekuatan jenama itu.

Selain pilihan material yang diberi fokus utama, keunikan warna koleksi jenama itu menerusi penggunaan objek pengangkut­an sebagai subjek utama.

Koleksi Vehicle

Version tercetus daripada pengangkut­an yang biasa digunakan setiap hari. Antara kenderaan ditampilka­n pada baju seperti van, basikal, kereta, bas dan motosikal.

Selain itu, koleksi Hashtag Version Basic 2018 menampilka­n tanda pagar (hashtag) sebagai fokus utama yang diinspiras­ikan daripada trend terkini penggunaan simbol itu dalam kehidupan seharian terutama di alam maya.

Sudah pasti kualiti antara faktor yang menjadi tumpuan utama dan perlu dititikber­atkan. Koleksi ini menggunaka­n 100 peratus material berkualiti tinggi dan ia bukan saja boleh

Guna material

berkualiti tinggi sesuai untuk setiap peringkat umur

digayakan semua golongan, malah sesuai untuk setiap peringkat umur.

“Kami gunakan kapas mewah yang diimport dari Amerika Syarikat. Bahan ini boleh dibasuh lebih 50 kali dan mempunyai daya serap peluh yang lebih baik.

“Kami bertuah kerana keluarga dan rakan sentiasa memberikan sokongan. Pembeli kami juga berumur dari 15 ke 55 tahun,” katanya.

 ??  ?? REKAAN ringkas tapi menonjolka­n peribadi pemakai.
REKAAN ringkas tapi menonjolka­n peribadi pemakai.
 ??  ?? TREND tanda pagar
serlahkan gaya segar.
TREND tanda pagar serlahkan gaya segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia