Harian Metro

“KALAU TURUN BIAR BERMARUAH”

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Bermula dengan status sebagai pasukan Liga FAM pada 2016, PKNP FC hanya mengambil masa tiga musim untuk meletakkan mereka sebaris dengan kelab elit dalam Liga Super.

Tidak dapat dinafikan, watak utama yang berjaya melonjakka­n pasukan itu ke tahap sekarang adalah jurulatihn­ya, Abu Bakar Fadzim.

Calon anugerah Jurulatih Terbaik 2017 itu membuktika­n dengan sumber kewangan yang terhad serta tanpa pemain berstatus bintang, beliau mampu membentuk sebuah kelab yang mantap.

Apakah sebenarnya rahsia kejayaan kelab itu? PREEEET melalui ruangan SEMBANG BOLA berkesempa­tan berbualbua­l dengan

Abu Bakar atau mesra dengan panggilan Burn untuk menyelami susah payah, jerih-perih dilaluinya untuk meletakkan PKNP dalam peta bola sepak Malaysia.

PREEEET (P): Selepas tiga musim membimbing PKNP, adakah anda berpuas hati dengan pencapaian kelab ini?

ABU BAKAR (AB): Ya, saya sangat berpuas hati. Walaupun belum memenangi sebarang kejuaraan namun impak yang ditinggalk­an PKNP sejak tiga musim lalu boleh dibanggaka­n.

Kami bermula dengan Liga FAM pada 2016 dan hanya mengambil masa setahun untuk dinaikkan ke Liga Perdana. Kemudian, musim ini kami sudah bersaing dengan pasukan hebat seperti JDT (Johor Darul Ta’zim), Selangor, Pahang dan pasukan lain yang berpengala­man luas dalam Liga Super.

Kami juga membuat kejutan dengan mara ke suku akhir Piala Malaysia dan Piala FA musim lalu. Pada masa sama pemain kami, Shahrel Fikri (Md Fauzi) merupakan penyerang tempatan paling menonjol sehingga dipilih sebagai Penyerang Terbaik 2017.

Bagi sebuah kelab kerdil yang serba kekurangan, ia satu pencapaian yang luar biasa. Namun, ia bukan kerana saya seorang sebaliknya pujian juga perlu diberi kepada pengurusan dan pemain. Tanpa komitmen mereka, saya tidak mampu membawa pasukan ke tahap ini.

P: Ketika diberikan tanggungja­wab membimbing PKNP pada 2016, apakah sebenarnya visi pengurusan dan anda sendiri untuk kelab ini?

AB: Pihak pengurusan tidak meletakkan sasaran yang tinggi, cuma kami mahu menjadikan PKNP sebagai kelab yang melahirkan pemain pelapis untuk pasukan Perak dan pada masa sama mahu memberi ruang kepada pemain muda daripada skuad Piala Presiden mengembang­kan bakat mereka.

Tapi, apabila kami layak ke Liga Perdana pada 2017, pihak pengurusan melihat pasukan ini mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh. Saya sendiri mencabar diri sendiri untuk cuba membawa PKNP ke peringkat tertinggi.

P: Sebagai jurulatih, apa cabaran utama kepada anda?

AB: Seperti anda ketahui, PKNP adalah kelab kerdil yang serba-serbi kekurangan. Kami mempunyai bajet yang terhad dan perlu berbelanja mengikut kemampuan.

Kami hanya guna sumber pemain yang kami ada kerana tidak mampu membeli pemain luar untuk memperkuku­hkan pasukan. Malah, kami hanya mampu mendapatka­n pemain import yang sederhana sesuai dengan sumber kewangan yang kami ada.

P: Tapi, dengan segala kekangan itu anda berjaya membawa pasukan ke tahap sekarang. Apakah resipi atau rahsia kejayaan PKNP?

AB: Saya selalu beritahu pemain, PKNP adalah tempat mereka memulakan langkah untuk masa depan. Mereka perlu gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menonjolka­n bakat dan kebolehan mereka bagi membuka mata kelab lain.

Apa yang berlaku ke atas Eki (Shahrel Fikri) adalah contoh terbaik. Walaupun bermain untuk kelab kecil seperti PKNP namun dia bercita-cita yang tinggi, berdisipli­n serta memiliki kesungguha­n untuk berjaya.

Akhirnya kita dapat lihat di mana dia sekarang. Sedikit sebanyak, kejayaan Eki menjadi pendorong kepada pemain PKNP yang lain untuk bekerja keras.

Hari ini saya melihat banyak perubahan positif dalam diri pemain yang menjadi punca kejayaan kami setakat ini.

P: Adakah anda turut menggunaka­n pendekatan lain?

AB: Saya turut menitikber­atkan aspek kerohanian yang mana pada setiap minggu kami akan mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan doa. Pada saya aspek ini juga sangat penting kerana selain berusaha, kita perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah.

P: Selepas berjaya membawa pasukan ini ke Liga Super, apakah sasaran seterusnya?

AB: Saya perlu berpijak di bumi nyata dan realistik dengan sasaran kami. Berdasarka­n keadaan sekarang, jika kami dapat terus kekal bersaing dalam Liga Super, ia sudah boleh dianggap satu pencapaian.

Namun, kami berpotensi untuk pergi lebih jauh musim depan. Pada masa akan datang, jika pengurusan mampu mengeluark­an peruntukan yang besar, tidak mustahil PKNP mampu mencabar pasukan seperti JDT dan memenangi piala.

P: Terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa kemungkina­n PKNP akan dijadikan kelab sokongan kepada Perak musim depan, yang mana bermakna ia akan kembali bermain dalam Liga Perdana. Jika benar, apa pendirian anda dalam isu ini?

AB: Masih terlalu awal untuk saya mengulas kerana setakat ini ia sekadar khabar angin. Pihak pengurusan tidak pernah membangkit­kan soal ini, begitu juga dengan PAFA (Persatuan Bolasepak Perak).

Malah, MFL (Liga Bolasepak Malaysia) juga membuat kenyataan mereka tidak menerima sebarang permohonan untuk menukar status PKNP dan PKNS (FC) seperti dihebohkan.

Namun, secara peribadi, jika benar ada usaha ke arah itu, sudah tentu saya adalah orang yang paling kecewa. Bayangkanl­ah selepas kami menempuh pelbagai cabaran, segala kepayahan, bertungkus-lumus untuk naik ke Liga Super, tiba-tiba diturunkan ke Liga Perdana atas sebab sebegini.

Saya yakin moral keseluruha­n pasukan akan jatuh serta akan memberi kesan yang lebih besar kepada PKNP. Ini kerana apabila bermain sebagai pasukan simpanan, kami tidak mempunyai matlamat untuk dikejar kerana status pasukan sokongan tidak membenarka­n mereka naik ke Liga Super walaupun muncul juara Liga Perdana.

Kalau terpaksa turun semula ke Liga Perdana atau FAM biar secara bermaruah dan merit bukan atas sebab lain.

P: Akhir sekali bagaimana dengan masa depan anda sendiri bersama PKNP?

AB: Saya masih mempunyai tugas perlu diselesaik­an iaitu perlawanan Piala Malaysia menentang Selangor (pada 16 September) sebagai penutup musim ini. Mungkin selepas itu, saya dan pengurusan akan berbincang sebelum saya membuat keputusan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia