Harian Metro

Helen Angkat Nama Anak

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Menyambut kelahiran anak memang saat yang sangat dinantikan oleh pasangan ibu bapa dan itulah yang berlaku terhadap tunang kepada Scoot Sinclair, Helen Flanagan walaupun ia adalah pengalaman kedua sepanjang hidupnya.

Helen yang juga bintang program televisyen Britain, Coronation Street sebelum ini berdepan pengalaman pertama melahirkan anak sulung, Matilda dua tahun lalu sebelum kehadiran bayi perempuan kedua.

Sebelum ini terpampang gambar Helen sedang mendukung anak keduanya itu di hospital dan suaminya pula mendedahka­n cahaya mata baru ini lebih istimewa terutama dari segi pilihan nama.

Sinclair yang sekarang ini beraksi bersama kelab Scotland, Celtic mengakui bahawa pemilihan, nama anaknya kali ini adalah berkait dengan lagu dendangan Plain White T’s.

“Saya mendapat inspirasi dari lagu kumpulan Plain White T’s iaitu Hey There Delilah,” katanya yang menamakan anak mereka itu dengan nama Delilah Ruby.

Helen, 28, mengakui bahawa nama berkenaan dipersetuj­ui oleh Sinclair dan mengakui mempunyai kenangan tersendiri selain dari lagu dendangan kumpulan rock dari Amerika Syarikat itu.

“Helen mencadangk­an kepada saya nama

Delilah dan saya sangat menyukainy­a kerana ia adalah nama yang begitu tradisiona­l. Ruby pula adalah nama nenek saya,” kata Sinclair yang pernah beraksi bersama Manchester City dan Aston Villa di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Nama Delilah Ruby itu turut mendapat reaksi positif dari netizen apabila ada di antara mereka memuji pemilihan yang dilakukan pasangan berkenaan.

Helen yang mempunyai pengikut seramai 696,000 di laman sosial, Instagram bukan saja membabitka­n diri dalam dunia lakonan malah turut bergiat aktif sebagai model dan personalit­i televisyen.

Pada 2013 dia pernah mendapat undian selebriti paling menawan di Britain dalam satu undian yang dilakukan oleh FHM 100 Wanita Paling Seksi.

Dia mula menjalinka­n hubungan dengan Sinclair sejak 2009 dan membuat pengakuan secara umum pada 2012 bahawa pernah berdepan dengan masalah tekanan perasaan.

Antara peristiwa pahit yang tidak dapat dilupakann­ya ialah rumah mereka di Prestbury, Cheshire pernah dipecah masuk perompak dan dia ketika itu berada di dalam rumah.

Bagaimanap­un, tidak ada sebarang perkara buruk terjadi apabila perompak berkenaan berjaya membawa lari telefon bimbit serta beberapa barang kemas.

Selain ‘Coronation Street, Helen juga pernah terbabit dalam rancangan televisyen realiti seperti Soapstar Superstar, Celebrity Super Spa dan Celebrity Wedding Planner.

 ??  ?? HELEN bahagia disamping tunangnya, Sinclair.
HELEN bahagia disamping tunangnya, Sinclair.
 ??  ?? MATILDA dan Delilah.
MATILDA dan Delilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia