Harian Metro

GAJI OH GAJI...ISU YANG TIADA NOKTAH

-

sepak Malaysia belum nampak penyelesai­annya, malah tidak mampu ditangani segera oleh pihak berkuasa bola sepak tempatan - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan persatuan bola sepak negeri serta kelab sendiri.

Di manakah letaknya maruah pertanding­an atau industri bola sepak tanahair kita? Tidak dinafikan peminat telah disogok dengan gambaran indah betapa bola sepak Malaysia sudah memasuki gerbang era profesiona­l sejak lewat tahun 1980-an lagi.

Rata-rata kita semua ghairah serta percaya betapa kancah bola sepak tempatan berkembang maju sejak diperkenal­kan menerusi pertanding­an Piala HMS Malaya pada tahun 1921.

Kejohanan tradisi penuh keramat yang diangkat dari zaman berzaman untuk menjadi sukan nombor satu di Malaysia. Namun, isu tunggakan gaji pemain kini menampakka­n situasi yang amat kritikal dan perlu dipandang serius oleh FAM/ MFL.

Gerbang profesiona­lisme yang disangka meriah dan mewah sebenarnya tidak sebegitu rupa, setidaktid­aknya dalam soal masalah kewangan serta kewujudan pasukan (kelab) yang boleh dibuka-tutup bila-bila masa saja.

Sudah tentu FAM/MFL ada sudut pengurusan yang mungkin dianggap terkawal, namun tidak boleh lari dari realiti bahawa formula profesiona­lisma era kini, belum mampu mengelak isu tunggakan gaji dan masalah kewangan pasukan bertanding.

Malah ada pemerhati berkecuali menyifatka­n struktur pengurusan pasukan seperti duludulu lebih telus dan menyeronok­kan. Pemain berstatus ‘amatur’ tetapi mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri masing-masing, jauh lebih berkesan dan selamat.

Biarpun asas pasukan Liga Malaysia sekarang mengutamak­an aspek profesiona­l ke arah penambahba­ikan, isu tunggakan gaji dan mula banyak pasukan berdepan beban kewangan, adalah sesuatu yang perlu dipandang berat.

Kita harap, sistem besar pengurusan sukan di Malaysia diperbaiki sifatnya agar amalan seperti lewat membayar gaji atau elaun yang tidak dilunas seperti dijanjikan, bukan cerminan buruk budaya bepersatua­n di negara ini.

Bukan rahsia juga bahawa selain bola sepak, pengurusan persatuan dan badan sukan kebangsaan lain termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM), juga pernah dipalit dengan kegagalan melunaskan bayaran disebabkan kekangan kewangan.

Amat tidak seronok misalnya kerancakan kejohanan berprestij Piala Malaysia yang sedang berlangsun­g, sekali lagi diselangi berita negatif seperti kemelut finalis Piala FAM 2018, Terengganu City dan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) berdepan masalah tunggakan gaji.

Barangkali isu kelewatan membayar gaji yang berulang-ulang, antara yang mencetus kebosanan peminat. Kalau berdasarka­n kehadiran penonton di stadium, jumlahnya nyata mengecil sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Masih ada banyak sudut positif buat bola sepak Malaysia, antaranya pencapaian skuad bawah 23 negara di pentas Asia serta ketrampila­n JDT yang mengubah lanskap saingan liga domestik.

Justeru, isu beban kewangan perlu ditangani seberapa segera demi survival pasukan Liga Malaysia serta masa depan bola sepak negara secara amnya. FAM perlu memasang paksi pengurusan yang lebih kukuh untuk semua. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia