Harian Metro

DAVIES, AZAM DIHUKUM?

-

Baru sahaja reda gosip dengan pelakon Ruhainies, Safawi Rasid kini dikaitkan pula dengan pengacara rancangan 999 dan Malaysia Hari Ini (MHI), Anim Ezati Rizki.

Semuanya gara-gara status Safawi atau Pawi melalui Instagram yang ditujukan kepada Anim sebelum dia berangkat bersama skuad Bawah 23 Tahun menjalani latihan di luar negara menjelang Sukan Asia lalu.

”Takecare dekat Malaysia nnti okay. Thank you sebab sabar dengan I semua, nanti balik kita jumpa lagi okay,” tulis Pawi

Ia mendapat balasan daripada Anim dengan kata-kata: “Pergilah dengan niat dan misi yang Apabila nama dua pemain Pahang, Nor Azam Azih dan Matthew Davies tidak berada dalam senarai

Tan Cheng Hoe untuk perlawanan persahabat­an dengan Taiwan dan Kemboja, ramai yang membuat telahan keduadua pemain itu tidak dipilih gara-gara kegagalan mereka menyahut panggilan skuad Bawah 23 Tahun ke Sukan Asia barubaru ini.

Kononnya, ia adalah pengajaran kepada keduadua pemain itu agar jangan mengambil mudah panggilan mewakili negara. Dalam erti kata lain ini kira hukuman daripada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) ke atas mereka.

Jika melihat daripada sudut yang sempit, kita mungkin percaya dengan andaian itu kerana ini bukan kali pertama keduadua pemain itu enggan dilepaskan Pahang untuk tugasan skuad kebangsaan. Sebelum ini mereka turut tidak dilepaskan untuk beraksi di pusingan akhir Piala AFC B-23 di Bangkok, tahun lalu.

Maka, selayaknya kedua-dua pemain itu diketepika­n kerana tidak guna untuk Cheng Hoe memanggil mereka jika akhirnya tidak mendapat pelepasan daripada Pahang.

Namun, Spy Bola percaya bukan niat Cheng Hoe atau FAM untuk menghukum mereka sebalik jurulatih itu mempunyai banyak pilihan mengisi posisi Azam seperti Mahali Jasuli, Nasir Basharuddi­n atau pemain muda seperti Syahmi Safari dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Untuk posisi Davies, Cheng Hoe masih boleh bergantung pada pemain seperti Fazly Mazlan, Syazwan Andik Ishak dan Amirul Azhan Aznan.

Spy Bola: Bagai menanti hukuman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia