Harian Metro

PAPA SYAFIQ TAK CUKUP TIDUR

-

Sejak bergelar ayah, Syafiq Ahmad mengakui pola kehidupann­ya sudah banyak berubah. Kalau dulu dapat tidur nyenyak tanpa gangguan namun sekarang setiap dua atau tiga jam dia akan terjaga apabila permata hatinya, Aaira Nor Safiya menangis kerana mahu menyusu atau kebasahan.

Namun, Syafiq tidak merugut sebaliknya memahami itulah tugas seorang ayah apatah lagi isterinya, Nor Amalina Norain masih dalam berpantang.

Untung juga ibu mentuanya datang dari

Pulau Pinang untuk turut menemani, jadi setiap kali Syafiq keluar berlatih atau bermain untuk Johor Darul Ta’zim ada orang yang boleh menguruska­n isteri dan bayinya.

Bagi Syafiq, walaupun terlepas detik-detik kelahiran Aaira pada 22 Ogos lalu namun dia bersyukur kerana isterinya bersalin dengan selamat.

Ketika itu Syafiq bersama skuad Bawah 23 Tahun negara di Sukan Asia Jakarta-Palembang dan sedang berdepan tugas penting untuk menentang Jepun pada perlawanan kalah mati.

“Kalau boleh, memang saya mahu berada di sisi isteri semasa dia bersalin, apatah lagi ini anak sulung kami. Tapi, demi tugasan bersama pasukan negara, saya tinggalkan dia dengan berat hati.

“Apabila mengetahui Amalina dimasukkan ke hospital pada 21 Ogos, saya sudah tidak tentu arah, semua saya lakukan serba tidak kena. Kawan kawan banyak menenangka­n saya.

“Apabila tahu isteri selamat melahirkan pada keesokanny­a, barulah saya berasa lega dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan dengan Jepun. Tapi, sayang kita kalah,” cerita Syafiq.

Spy Bola tumpang gembira dan mengucapka­n tahniah kepada Syafiq dan Amalina.

Spy Bola: Debar tunggu Oktober.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia