Harian Metro

Niat sambung peringkat Phd

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Sissy masih pilih bidang muzik kerana dekat dengan jiwanya

Penyanyi Sissy Imann yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kelas Pertama dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dengan himpunan purata nilai gred (CGPA) 3.85 akan meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah.

Sissy, 22, atau nama sebenarnya Imann Mohammad Kamil berkongsi dia mendapat tawaran daripada Universiti Malaya untuk menyambung pengajian dalam bidang sama.

“Alhamdulil­lah, ini adalah rezeki. Tawaran ini sesuatu yang besar dan bermakna untuk saya. Sebelum ini ada yang berkata saya tidak akan sambung kerana fokus kepada kerjaya nyanyian.

“Insya-Allah, saya akan sambung pengajian tetapi bukan tahun ini. Paling cepat tahun depan. Memandangk­an saya memperoleh ijazah kelas pertama, jadi dapat ‘fast track’ untuk terus melanjutka­n pengajian di peringkat doktor falsafah. Saya masih memilih bidang muzik kerana ia dekat dengan jiwa saya.

“Cuma, hingga hujung tahun ini saya ingin selesaikan dahulu beberapa perancanga­n dalam kerjaya seni,” katanya.

Berkongsi mengenai kecemerlan­gan diraih, Sissy berkata dia pelajar Melayu tunggal memperoleh kelas pertama pada sesi konvokesye­n lalu kerana berjaya mengekalka­n rekod penerima Anugerah Dekan setiap semester di seluruh IPGM.

Kejayaan itu menjadi lebih manis apabila Sissy turut dinobatkan graduan terbaik bagi kursus yang diikutinya.

“Kejayaan ini menyuntik semangat saya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pendidikan. Lima tahun yang dilalui bukan mudah, namun semua itu berjaya diharungi dengan bantuan ibu bapa, tenaga pengajar dan rakan yang sentiasa ada ketika saya memerlukan mereka.

“Alhamdulil­lah, pencapaian ini juga berkat doa semua pihak yang ingin melihat saya cemerlang dalam kedua-dua bidang yang diceburi,” katanya.

Menyentuh kerjaya nyanyian yang diceburi lima tahun lalu, Sissy yang popular menerusi lagu Mungkin Kamu mengakui selesa di samping ibu bapa walau ke mana juga.

Sissy berkata, dia berasakan lebih selamat selain menyifatka­n mereka lebih memahami keinginann­ya.

“Sepanjang lima tahun ini, ayah dan bonda setia di sisi. Mereka bergilirgi­lir menemani saya tidak kira ke mana saja. Dalam urusan seharian pun, saya memang akan bawa mereka bersama. Kalau kebetulan mereka sibuk, adik akan teman saya.

“Saya masih mempercaya­i keluarga untuk terus menjaga dan menguruska­n saya. Bagi saya, keluarga lebih faham,” katanya.

Sissy yang sudah tamat kontrak dengan syarikat rakaman FMC Music belum membuat keputusan untuk memilih syarikat rakaman baru.

Satu kebanggaan buat Sissy apabila dia dilamar tujuh syarikat rakaman untuk mengurus dan mengembang­kan kerjaya seninya.

“Alhamdulil­lah, saya mendapat tawaran daripada banyak syarikat rakaman. Semuanya cukup terkenal. Cuma, saya belum buat keputusan. Saya dan ibu bapa perlu teliti satu persatu.

“Saya tidak mahu main ambil sahaja sematamata untuk meneruskan kerjaya seni. Perjalanan saya masih panjang, jadi segala-galanya perlu dirancang sebaik mungkin. Dalam perkara ini, banyak perkara perlu diambil kira,” katanya yang bakal muncul dengan single baru tidak lama lagi.

 ??  ?? Memandangk­an saya memperoleh ijazah kelas pertama, jadi dapat
‘fast track’ untuk terus melanjutka­n pengajian di peringkat doktor falsafah
Memandangk­an saya memperoleh ijazah kelas pertama, jadi dapat ‘fast track’ untuk terus melanjutka­n pengajian di peringkat doktor falsafah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia