Harian Metro

Perubahan hidup seorang gadis naif

-

Selami kisah pergolakan hidup gadis Turki bertajuk Maral En Guzel Hikayem setiap Isnin hingga Jumaat bermula 13 September ini, jam 6 petang di TV2.

Drama romantik kekeluarga­an arahan Deniz Kolos ini menampilka­n pelakon Hazal Kaya, Aras Bulut Iynemli, Ceyda Duvenci, Gumec Alpay Aslan dan ramai lagi dalam 41 episod siarannya.

Ikuti perjalanan cerita Maral, gadis muda yang naif bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran terkemuka, Luna. Dalam kehidupann­ya dia mengimpika­n dua perkara iaitu menjadi pengurus di restoran Luna dan hidup bersama Sarp, pembuat coklat serta kek di tempatnya bekerja. Namun, dia sedar impian besarnya itu sukar untuk direalisas­ikan.

Satu hari, hasratnya itu kelihatan ada sinar. Pewaris restoran terbabit berdepan situasi sukar dan putus asa untuk meneruskan perniagaan itu. Maral banyak membantu dalam situasi yang tidak terduga itu. Sebagai pulangan, Maral ditawarkan menjadi pengurus Luna buat sementara dan menguruska­n segala urusan berkaitan bisnes itu.

Maral meluahkan perasaanny­a terhadap Sarp. Namun pada masa sama dia tertekan kerana tersepit di antara karier dan cinta. Maral berfikir kehidupann­ya yang sederhana tidak akan berubah sekiranya dia kembali bekerja sebagai pelayan.

Dalam kisah ini, penonton dapat melihat bagaimana gadis naif berubah selepas dia membuat keputusan besar dalam kerjayanya. Adakah Maral dapat melaksanak­an kewajipann­ya sebagai pengurus Luna? Mungkinkah Maral dan Sarp dapat menjalani kehidupan yang bahagia? Mampukah Sarp melupuskan rahsia masa lalunya dan memulakan hidup baru dengan aman?

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia