Harian Metro

BIAR PATAH EMPAT...

-

Walaupun berkerusi roda dan besi masih terpasang di kaki kanannya, Muhammad Nabil Mohd Azimi, 20, tetap gigih menghadiri kuliah di Politeknik METrO Kuantan (PMKu) di sini.

Penuntut Diploma Perkhidmat­an Makanan itu mula menghadiri kelas sejak 25 Ogos lalu walaupun diberi cuti hingga 2 Oktober ini selepas terbabit kemalangan semata-mata kerana tidak mahu ketinggala­n dalam pelajaran.

Walaupun pergerakan­nya terhad, Muhammad Nabil tetap bersemanga­t kental dan keadaan itu langsung tidak mematahkan semangatny­a untuk terus hadir ke kelas.

Lebih membanggak­an, rakan serta pensyarah tidak pernah lokek membantu anak kedua daripada empat beradik itu.

“Hampir sebulan saya dirawat di hospital, pasti banyak tugasan yang tertinggal menyebabka­n saya tidak mahu terus berehat di rumah.

“Sebaliknya nekad menghadiri kuliah walaupun berkerusi roda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rasau Perdana di sini, semalam.

Dalam kemalangan pada 25 Julai lalu, Muhammad Nabil yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke kelasnya jam 11.30 pagi dirempuh sebuah kenderaan dari arah bertentang­an di persimpang­an jalan di hadapan Hotel The Zenith di sini.

“Akibat rempuhan kuat, saya melambung dan jatuh di atas pembahagi jalan.

“Saya sedar ketika kejadian dan dapat merasai kesakitan yang amat sangat di bahagian kaki kanan, selain tidak boleh digerakkan,” kata.

Katanya, ujian imbasan x-ray menunjukka­n kakinya patah empat dan terpaksa disimen dari bahagian belakang betis hingga tumit.

“Pada 31 Julai, saya menjalani pembedahan pertama memasukkan besi di bahagian paha, betis dan buku lali untuk mencantumk­an tulang yang patah, manakala pembedahan kedua pada 15 Ogos lalu untuk membuang tisu rosak,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Afizah Ahmad, 50, yang juga guru Sekolah Kebangsaan

„ Lelaki berkerusi roda akibat kemalangan

tetap gigih hadiri kuliah di politeknik

(SK) Kampung Belukar di sini, mengambil cuti selama dua bulan bermula 1 Ogos hingga 30 September ini untuk menguruska­n Muhammad Nabil sepenuhnya termasuk membawanya menjalani rawatan fisioterap­i.

“Lukanya perlu dicuci setiap hari dan semua keperluann­ya saya yang uruskan kerana bapanya, Mohd Azimi Hamzah, 53, terikat dengan tugasnya sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat latihan memandu.

“Kesungguha­nnya menghadiri kelas membuatkan saya benar-benar terharu dan berharap dia pulih dan dapat berjalan seperti biasa,” katanya.

 ?? Muhammad Nabil ?? MUHAMMAD Nabil tetap menghadiri kelas di Politeknik METrO Kuantan walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Hampir sebulan saya dirawat di hospital, pasti banyak tugasan yang tertinggal menyebabka­n saya tidak mahu terus berehat di rumah”
Muhammad Nabil MUHAMMAD Nabil tetap menghadiri kelas di Politeknik METrO Kuantan walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Hampir sebulan saya dirawat di hospital, pasti banyak tugasan yang tertinggal menyebabka­n saya tidak mahu terus berehat di rumah”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia