Harian Metro

‘GILA’ HIMPUN LV SUPREME

- Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

„ Lelaki sanggup terbang ke Russia, Singapura

dan Jepun bagi lengkapkan koleksi

Terbang ke Russia, Singapura dan Jepun untuk berunding dengan pemilik barangan LV Supreme antara kerja ‘gila’ dilakukan pengumpul bagi melengkapk­an koleksi peribadi mereka.

Pengalaman itu dilalui sendiri Pengarah Pemasaran EZ Qurban Sdn Bhd Ahmad Fadzlullah Hasanuddin yang berkata, dia terpaksa berbuat demikian untuk melengkapk­an koleksi peribadiny­a.

“Sejak lebih setahun, koleksi saya kini sudah 90 peratus lengkap. Saya masih mencari baki pemilik barangan LV Supreme yang mahu menjual koleksi mereka. Buat masa ini tiada lagi yang mahu berbuat demikian (jual),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu Caves, Gombak.

Menceritak­an semula bagaimana dia ‘terbang’ ke beberapa negara bagi mendapatka­n barangan berkenaan, Ahmad Fadzlullah berkata, ia antara kerja gila dilakukann­ya.

“Pemilik LV Supreme berada di seluruh dunia. Jadi, bila ada yang mahu jual, saya sanggup terbang ke mana saja bagi mendapatka­nnya jika harganya bersesuaia­n,” katanya menjelaska­n, pemilik LV Supreme akan mengiklank­an barangan mereka di laman sosial jika mahu menjualnya.

Ahmad Fadzlullah berkata, antara pengalaman tidak dapat dilupakann­ya terpaksa beratur bersama ribuan peminat atau pengumpul LV Supreme di beberapa negara seperti Singapura.

“LV Supreme akan buka kedai sementara di mana-mana pusat beli-belah dan barangan ditawarkan hanya pada 300 terawal. Ada yang sudah beratur sehari sebelum kedai jualan sementara itu dibuka.

“Pengalaman saya beratur bersama lebih 5,000 pengumpul dan balik tangan kosong. Itu menjadi asam garam bagi penggemar atau pengumpul seperti saya,” katanya.

Ditanya kenapa dia mula mengumpul barangan LV Supreme itu, Ahmad Fadzlullah berkata, gabungan Supreme dikenali sebagai pakaian jalanan manakala LV yang dikategori­kan barangan berkualiti tinggi atau mewah menjadi tarikan utama.

“Gabungan ini tidak pernah terjadi sebelumnya. Bila bergabung (LV dan Supreme) pada Julai 2017, saya mula mengumpuln­ya.

“Lagipun ia koleksi terhad, boleh kata setiap barangan seperti beg tangan hanya dikeluarka­n 1,000 item di seluruh dunia. Jadi, barangan itu juga tiada lagi dalam pasaran menyebabka­n harganya meningkat sehingga lima kali ganda berbanding harga asal.

“Selain koleksi LV Supreme juga boleh dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang kerana harganya sentiasa meningkat,” katanya.

Ahmad Fadzlullah berkata, ada beberapa penggemar atau pengumpul barangan berkenaan menghubung­inya sebelum menawarkan sejumlah wang bagi membeli sebahagian daripada koleksi miliknya.

“Buat masa sekarang saya tidak terlintas untuk menjualnya. Namun, pada masa depan saya tidak tahu...mungkin akan jual apabila tawaran diberikan lumayan,” katanya.

Antara barangan popular keluaran LV Supreme seperti

dan

Aksesori lain pula seperti kasut, baju, tali pinggang, kaca mata, selimut, mafla dan topi.

 ??  ?? AHMAD Fadzlullah bersama koleksi produk LV Supreme.
AHMAD Fadzlullah bersama koleksi produk LV Supreme.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia