Harian Metro

REZEKI HUJAN

- Hassan Omar cnews@nstp.com.my

Warga Masjid Tanah berpesta udang galah

Hujan lebat di kawasan sekitar Masjid Tanah sejak beberapa hari lalu bagaikan rahmat buat nelayan di Sungai Ramuan Cina, Lubok Cina di sini, apabila tangkapan udang galah semakin meningkat berbanding sebelum ini.

Air sungai yang naik melebihi paras biasa membolehka­n udang galah ‘bermain’ dekat permukaan sungai, selain berkumpul di celah akar pokok di tebing sungai.

Nelayan, Zainal Md Ali, 65, berkata dia bersyukur kerana hasil tangkapan udang galah dengan kaedah menjala dipraktikk­an sejak 30 tahun lalu meningkat berikutan kenaikan paras air sungai.

“Alhamdulil­lah, selalunya saya hanya dapat sekilogram udang galah selepas menjala dari pagi hingga petang, tetapi sejak tiga hari lalu saya boleh dapat tiga hingga empat kilogram.

“Kebanyakan nelayan sungai meraih rezeki yang lebih apabila musim hujan lebat kerana udang dari hulu sungai turun ke hilir di Kuala Linggi, sekali gus memberi peluang kepada kami untuk menangkapn­ya,” katanya.

Zainal berkata, walaupun penawaran udang galah meningkat, harganya tidak turun kerana hidupan sungai itu bukanlah mudah untuk diperoleh malah harganya kekal pada RM60 sekilogram.

Katanya, jika tiada hujan, udang galah lazimnya semakin sukar ditangkap sama ada dengan kaedah menjala ataupun memancing berikutan penurunan paras sungai yang menyebabka­n ia lebih gemar bersembuny­i di dalam habitatnya.

 ??  ?? ZAINAL (kiri) bersama peminat udang galah segar.
ZAINAL (kiri) bersama peminat udang galah segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia