Harian Metro

‘ALAT GANTI’ RM10 JUTA

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

„ Taktik sindiket cuba seludup rokok Vietnam

dan arak India melalui Pelabuhan Klang

Isytihar muatan kontena berisi alat ganti kenderaan terpakai. Itu taktik sindiket yang dikesan cuba menyeludup rokok Vietnam dan arak India melalui Pelabuhan Klang di sini.

Taktik itu bagaimanap­un berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bertindak merampas rokok dan minuman keras dengan nilai dan cukai dianggarka­n RM10 juta, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan/Pematuhan), Datuk Seri Zulkifli Yahya, berkata rampasan pertama membabitka­n sebuah lori kontena dipandu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun di Lebuhraya Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Katanya, pemeriksaa­n pada lori kontena itu menemui 10.5 juta batang rokok putih jenama U2 Full Flavour dengan nilai dan cukai dianggarka­n RM8 juta.

“Tidak jauh dari lokasi pertama, satu lagi pasukan penguat kuasa kastam menahan sebuah lagi lori kontena dipandu seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n didapati ia membawa muatan 1.8 juta batang rokok jenama Dinx dan 2,600 liter minuman keras dengan nilai dan cukai dianggarka­n RM2 juta,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kuala Lumpur di sini, semalam.

Katanya, kejayaan kedua-dua rampasan itu adalah hasil risikan dan maklumat orang ramai yang diterima oleh pasukan Penguatkua­saan Kastam Zon Tengah dari Unit 1 Kuala Lumpur.

Menurut Zulkifli, siasatan mendapati kedua-dua kontena terbabit dibawa masuk melalui Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dari Singapura dengan mengisytih­arkannya sebagai alat ganti kenderaan terpakai.

“Kami masih menjalanka­n siasatan bagi mengesan dalang utama kedua-dua penyeludup­an itu namun kita percaya rokok buatan Vietnam dan arak buatan India itu adalah untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

“Kedua-dua pemandu lori kontena itu kini direman lima hari mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan larangan kastam.

“Kedua-dua dijangka akan dituduh di mahkamah minggu hadapan,” kata Zulkifli lagi.

Dalam pada itu, pihaknya memohon kerjasama daripada awam untuk menyalurka­n sebarang maklumat berhubung kegiatan penyeludup­an dengan menghubung­i JKDM di talian 03-78036568 atau talian bebas tol kastam 1-800-88-8855.

“Kita memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiaka­n.

“Pemberi maklumat berdaftar akan diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai bagi setiap maklumat yang berjaya menghasilk­an kes,” jelas beliau.

 ??  ?? ZULKIFLI (tiga kiri) menunjukka­n rokok dan arak yang berjaya dirampas pada sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya.
ZULKIFLI (tiga kiri) menunjukka­n rokok dan arak yang berjaya dirampas pada sidang media di Kompleks Kastam Kelana Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia