Harian Metro

CAPAI 1 JUTA PELANGGAN

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@nstp.com.my

Rangkaian beli-belah dari rumah yang inovatif, CJ WOW SHOP berjaya mencapai sasaran apabila melepasi sejuta pelanggann­ya semalam, selepas beroperasi sejak April 2016.

Pelanggan bertuah, Rusliana Sigian dari Bandar Sri Damansara muncul pembeli ke sejuta menerusi pembelian Spinax Zero Gravity Lounge Chair.

Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP, Kim Yang Hyun berkata, pencapaian itu berjaya mengukuhka­n kedudukan jenama berkenaan sebagai peneraju perkhidmat­an beli-belah dari rumah yang menawarkan produk bermutu tinggi, inovatif serta mampu meningkatk­an kualiti kehidupan pengguna Malaysia.

“CJ WOW SHOP memberikan pengalaman

secara langsung agar pengguna berpuas hati sepenuhnya dengan pembelian yang bukan saja menghiburk­an, malah sebagai platform yang dipercayai dan disukai pelanggan,” katanya pada pertemuan untuk mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada Rusliana menerusi jelajah WOW in a Million.

Perkembang­an terkini itu menyaksika­n CJ WOW SHOP kini mengukuhka­n sasaran, melepasi pendapatan tahunan RM200 juta menjelang akhir 2018.

Kejayaan ini juga hasil pelbagai inisiatif menerusi pelancaran kempen sepanjang tahun bermula kempen ulang tahun kedua iaitu 2 Tahun, Lebih WOW! yang mencatatka­n tiga kali ganda pelanggan berbanding harian.

Setakat ini, rangkaian beli-belah CJ WOW SHOP berjaya meluaskan pelanggann­ya 56 peratus sejak akhir 2017, selain mengekalka­n kepercayaa­n pelanggan dengan adanya pembelian berulang oleh 100 pelanggan utama yang membelanja­kan hampir RM14,600 seorang pada setiap pembelian.

Selain itu, bagi mengiktira­f sumbangan penting pelanggan, CJ WOW SHOP memulakan inisiatif WOW in a Million sebagai tanda penghargaa­n kepada pelanggan setia.

Kempen selama sebulan itu menyaksika­n pasukan CJ WOW SHOP yang terdiri daripada eksekutif kanan, pengacara program dan kru menjelajah seluruh negara sambil melawat 100 pelanggan utama yang membuat pembelian tertinggi untuk menyampaik­an ucapan terima kasih sambil meraikan dengan pelbagai hadiah serta ganjaran.

Yang Hyun berkata, kejayaan platform itu adalah hasil kepercayaa­n dan kepuasan pelanggan setia yang menyokongn­ya sepanjang tahun ini.

“Justeru, kami terus meningkatk­an usaha untuk mencapai sasaran terbaru selepas melepasi yang lain.

“WOW in a Million memberi kami peluang menghargai pelanggan dan peminat menerusi penjimatan besar, ganjaran misteri dan pelbagai kejutan yang menggembir­akan mereka,” katanya.

Untuk melengkapk­an kempen itu, pembeli diberi ganjaran bernilai RM20 untuk setiap pembelian seterusnya melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP bermula 1 hingga 30 September ini.

„ Pencapaian cemerlang CJ WOW SHOP sejak beroperasi April 2016

 ??  ??
 ??  ?? RUSLIANA (dua dari kiri) muncul pembeli ke sejuta CJ WOW SHOP.
RUSLIANA (dua dari kiri) muncul pembeli ke sejuta CJ WOW SHOP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia