Harian Metro

10 MINIT URUS 20,000 JEMAAH HAJI

33 kakitangan ERL, E-MAS timba pengalaman bertugas di Metro Makkah

- Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

Pengalaman mengendali­kan 20,000 jemaah haji dalam setiap 10 minit operasi Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro (Makkah Metro) antara cabaran dihadapi 33 kakitangan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan ERL Maintenanc­e Support Sdn Bhd (E-MAS).

Ketua Kumpulan kakitangan ERL dan E-MAS bagi operasi Makkah Metro, Sanusi Harun berkata, Makkah Metro adalah laluan rel sepanjang 18 kilometer menghubung­kan Arafah, Mudzdalifa­h, dan Mina.

Ia hanya beroperasi tujuh hari setahun untuk mengangkut jemaah haji pada minggu kemuncak musim haji.

“Dalam tempoh itu, Makkah Metro beroperasi 24 jam sehari dengan anggaran 370,000 jemaah dikendalik­an setiap lima jam. Kelewatan walau hanya seminit boleh menyebabka­n semua operasi tergendala kerana berlaku kesesakan jemaah ketika waktu puncak.

“Jadi, tujuh hari itu waktu sangat kritikal dan kerjasama serta disiplin semua kru amat diperlukan bagi memastikan operasi lancar. Alhamdulil­lah, sepanjang operasi tiada kelewatan berlaku.

“Walaupun pelbagai cabaran dihadapi, tapi kami sebagai petugas bersyukur kerana terpilih dalam operasi membantu memudahkan pergerakan tetamu Allah ketika musim haji,” katanya yang empat kali terbabit dalam operasi Makkah Metro.

Beliau berkata demikian di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Jeddah, Arab Saudi, semalam.

Ketibaan 33 kakitangan ERL dan E-MAS itu disambut Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor.

Mereka antara lebih 5,000 individu yang berkhidmat dengan China Railway Constructi­on Corporatio­n Limited (CCRC) iaitu syarikat operasi laluan rel yang dilantik kerajaan Arab Saudi untuk mengendali­kan operasi laluan Makkah Metro tahun ini.

Sementara itu, Alias Abdul Majid, 38, berkata, pengalaman kali pertama terbabit dalam operasi itu sangat berharga.

“Sewaktu terpilih antara kakitangan terbabit dalam operasi itu, saya sangat bersyukur. Sebelum operasi ini, kakitangan diberikan latihan sebulan iaitu seminggu di Malaysia dan selebihnya di Makkah.

“Walaupun di ERL saya berkhidmat sebagai eksekutif akaun, tetapi di sana saya berperanan sebagai ejen bilik kawalan stesen untuk operasi Makkah Metro. Satu pengalaman baru dan amat berharga,” katanya.

Dalam pada itu, Noormah berkata, pihaknya sentiasa bersedia menghantar kakitangan bagi menyokong operasi Makkah Metro sempena musim ibadat haji tahun akan datang.

“Ini tahun ketujuh syarikat ini menyediaka­n sokongan operasi kepada Makkah Metro dan tahun ini kita bekerjasam­a dengan CCRC.

“CCRC memerlukan lebih 5,000 individu bagi melaksanak­an operasi keseluruha­n keretapi pada musim haji dengan skop tugas membabitka­n pengurusan stesen, operasi kawasan menunggu dan platform, pusat kawalan operasi dan pemandu keretapi,” katanya.

 ??  ?? NOORMAH (tengah) menyambut ketibaan 33 kakitangan ERL dan E-MAS di KLIA, semalam.
NOORMAH (tengah) menyambut ketibaan 33 kakitangan ERL dan E-MAS di KLIA, semalam.
 ??  ?? ALIAS
ALIAS
 ??  ?? SANUSI
SANUSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia