Harian Metro

TIADA JAMINAN HARGA TURUN

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

„ Pasaran hartanah dijangka tidak banyak berubah susulan SST

Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) bermula 1 September lalu tidak memberi jaminan harga rumah akan turun meskipun terdapat beberapa bahan binaan dikecualik­an daripada rejim cukai terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group Bhd (Mah Sing), Datuk Ho Hon Sang berkata, antara langkah tepat yang boleh dilakukan adalah dengan mengekalka­n kadar harga sedia ada memandangk­an pihaknya yakin lebih banyak pengecuali­an akan diberikan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, perkara itu disebabkan meskipun ada bahan binaan dikecualik­an cukai namun ia hanya bahan asas kerana masih ada bahan penting lain dikenakan cukai seperti kaca, aluminium dan barangan elektrik.

“Kami percaya pengenalan semula cukai ini dijangkaka­n tidak menjejaska­n pasaran hartanah serta tiada kenaikan harga kerana apa yang boleh dilakukan pemaju adalah mengekalka­n harga sedia ada.

“Bagaimanap­un,

setakat ini kami tidak dapat menilai secara keseluruha­nnya mengenai kesan SST ini berikutan dalam sektor pembinaan rumah, ia membabitka­n banyak bahan selain simen, pasir dan besi.

“Malah, ia sebenarnya berkait rapat dengan faktor penawaran dan permintaan, sekiranya ada permintaan baik, kami akan melihat kepada mewujudkan bekalan dan seterus melaksanak­an produk mampu milik,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Arts & Lig- hts Play! di sini, semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bulan lalu mengumumka­n perkhidmat­an pembinaan dan kos bahan binaan dikecualik­an SST.

Antara bahan pembinaan tidak dikenakan SST ialah simen, pasir dan besi.

Mengulas prospek pasaran hartanah negara Ho berkata, pihaknya menyatakan keyakinan kerajaan akan menyediaka­n ekosistem terbaik dalam menyokong pertumbuha­n aspek ekonomi ini.

“Kerajaan dilihat bakal memperkena­lkan pelaksanaa­n dasar perumahan baru yang dijangka memulihkan kembali sentimen terhadap pasaran hartanah.

“Sebagai syarikat, kami sentiasa menyokong langkah strategik serta proaktif kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, acara Arts & Lights Play! di Boulevard Shops Southville City berlangsun­g pada hujung minggu bermula 9 September hingga 28 Oktober ini yang menyediaka­n pelbagai aktiviti kepada pengunjung.

 ??  ?? HO (tengah) menghadiri pelancaran acara Arts & Lights Play, semalam.
HO (tengah) menghadiri pelancaran acara Arts & Lights Play, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia