Harian Metro

SP Setia diiktiraf majikan terbaik

-

SP Setia Bhd, pemaju hartanah terkemuka di negara ini memenangi anugerah Majikan Terbaik untuk kali kesembilan pada majlis anugerah Majikan Terbaik Aon

2018 yang dianjurkan, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Sumber Manusianya, Nadiah Tan

Abdullah

(gambar)

berkata, syarikat itu meningkatk­an amalan sumber manusia (HR) yang diiktiraf dan pencapaian itu ternyata mengagumka­n dalam menguruska­n kepelbagai­an umur di tempat kerja.

“Jenama mantra terbaru kami iaitu ‘Kekal Bersama Kekal Setia’ lambang nilai Setia yang menekankan kerja berpasukan dan kebersamaa­n,” katanya.

Nadiah dan Naib

Presiden Eksekutifn­ya, Datuk Koe Peng Kang menerima penghargaa­n terbabit bagi SP Setia.

Syarikat itu pernah dianugerah­kan sebagai satu daripada Majikan Terbaik di Malaysia pada 2017,

2016, 2015, 2013, 2011, 2009, 2005 dan 2003 di samping dinamakan Majikan Terbaik Dalam Kalangan Terbaik dan Majikan Terbaik Keseluruha­n pada 2013 dan 2011 serta turut diberi pengiktira­fan khas dua tahun lalu dengan anugerah ‘Komitmen untuk Pembabitan’.

Nadiah berkata, SP Setia mengambil perhatian terhadap pekerja berdasarka­n falsafah LiveLearnW­orkPlay dengan pelbagai inisiatif membabitka­n mereka termasuk perbincang­an mengenai hasil Tinjauan Nadi Pekerja dalam mesyuarat pengurusan.

“Dalam usaha menanam kebanggaan dalam kalangan pekerja kami, kami perlu memahami ada keperluan meningkatk­an pembabitan pekerja kerana ia mendorong mereka melakukan yang terbaik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia