Harian Metro

Empat projek RM1 bilion di 4 negeri

-

Kuala Lumpur: Pemaju baru yang sedang meningkat naik, Ehsan Plant & Property Sdn Bhd merancang untuk melancarka­n empat projek hartanah baru tahun depan membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) sehingga RM1 bilion.

Projek itu masing-masing akan dibangunka­n di Sungai Petani, Kedah, Mount Austin, Johor, Nilai, Negeri Sembilan dan Kampar, Perak.

Dua projek di Sungai Petani dan Mount Astin dijangka dilancarka­n suku pertama tahun depan manakala, projek di Nilai pada Julai 2019 dan di Kampar September tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Abdul Hamid PV Abdu berkata, untuk di Sungai Petani, syarikat akan membangunk­an 535 unit rumah teres setingkat dan dua tingkat dengan keluasan di antara 1,200 kaki persegi (kps)-2,200 kps membabitka­n GDV RM180 juta.

Katanya, projek bernama Ehsan Heights ini dibangunka­n bermula Mac tahun depan di atas tanah seluas 20.2 hektar dengan harga jualan bermula dari RM300,000 seunit.

“Bagi projek di Mount Astin, kami membangunk­an tiga blok apartmen servis setinggi 16 tingkat mengandung­i 650 unit dan sembilan kedai dengan GDV RM300 juta.

“Untuk projek di Nilai, kami merancang membina pembanguna­n bercampur membabitka­n dua blok apartmen servis setinggi 30 tingkat sebanyak 498 unit dengan GDV bernilai RM140 juta.

“Projek terakhir di Kampar pula yang membabitka­n GDV RM388 juta, kami bangunkan tiga blok apartmen servis yang mengandung­i 900 unit kediaman dengan keluasan di antara 600-800 kps,” katanya.

 ??  ?? ILUSTRASI projek yang bakal dilancar tahun depan.
ILUSTRASI projek yang bakal dilancar tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia