Harian Metro

NAMA X70 PILIHAN RAMAI

- Hazwan Faisal Mohamad dan Lizam Ridzuan bisnes@nstp.com.my

PROTON Holdings Bhd (PROTON) merancang mengguna pakai sistem penamaan berasaskan abjad-angka untuk model akan datang bermula dengan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya, Proton X70.

Naib Presiden Jualan dan Pemasarann­ya Abdul Rashid Musa berkata, berdasarka­n kajian dibuat pihaknya, sistem sedemikian memudahkan PROTON untuk menjual X70 di pasaran ASEAN dan antarabang­sa lain tanpa perlu berdepan batasan bahasa.

“Huruf X sinonim dengan kenderaan jenis atau SUV daripada jenama lain, manakala 70 pula menggambar­kan saiz atau kelas bagi SUV.

“Kaedah ini memberi PROTON satu sistem logik untuk menghasilk­an model yang lebih kecil atau besar pada masa depan,” katanya pada taklimat media pengenalan Proton X70 di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Radzaif Mohamed.

Dalam majlis pratonton lebih sejam itu, pengamal media diberikan peluang melihat lebih dekat dan merasai sendiri model SUV X70 yang buat kali pertama ditunjukka­n kepada awam.

PROTON mengumumka­n nama rasmi SUV pertamanya hasil kerjasama dengan Geely sebagai Proton X70.

Tempahan untuk pembelian SUV itu bermula hari ini di pusat edaran 3S dan 4S di seluruh negara dengan bayaran pendahulua­n RM1,000.

Nama X70 digunakan selepas menjadi pilihan lebih 60 peratus peserta yang menyertai peraduan memilih nama SUV secara dalam talian apabila dibuka April lalu.

Peraduan selama sebulan itu disertai 90,000 orang dengan peserta perlu memilih empat nama pilihan iaitu PX7, X7, X70 dan X700.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar berkata, pihaknya percaya SUV pertama PROTON mampu menarik minat pelanggan disandarka­n kepada penguasaan pasaran SUV di Malaysia yang masih rendah iaitu hanya 11 peratus daripada jumlah jualan kenderaan (TIV) negara.

“Jumlah ini jauh lebih kecil dibandingk­an penguasaan pasaran SUV di ASEAN sebanyak 15 peratus dan di peringkat global 34 peratus daripada TIV.

“Berdasarka­n

ini, masih ada ruang untuk PROTON menjual SUV termasuk kepada potensi pelanggan yang belum pernah memiliki jenama ini,” katanya.

Dr Li berkata, pihaknya akan mengadakan sesi pratonton Proton X70 untuk pelanggan di tujuh bandar utama seluruh negara bermula 19 September hingga 4 November ini di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

„ PROTON guna pakai sistem abjad-angka untuk model akan datang

 ??  ?? MODEL SUV X70 mula diperkenal­kan, semalam.
MODEL SUV X70 mula diperkenal­kan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia