Harian Metro

Buka 20 kios CoolBlog X tahun depan

-

Johor Bahru: Jenama minuman ringan pencuci mulut segar, CoolBlog tampil dengan konsep baru CoolBlog X yang menawarkan kios mudah alih yang lebih kecil, fleksibel dan sesuai di semua lokasi tumpuan.

Kiosk yang menawarkan 10 menu minuman yang paling digemari ramai itu dijangka diperluask­an di seluruh negara dengan 20 kiosk menjelang tahun depan.

CoolBlog X yang mana X bermaksud 10 menu atau ekspres ialah hadiah ulang tahun ke-10 CoolBlog selepas ditubuhkan pada 2008.

Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Ketih Loh berkata, pembukaan konsep baru CoolBlog X itu memberi kemudahan kepada pelanggan yang mahukan penyediaan tempahan minuman yang lebih pantas.

“Jika di CoolBlog sebelum ini, ada lebih 200 menu minuman termasuk yang boleh disesuaika­n atau digabung pilihan sendiri pelanggan, tetapi di CoolBlog X, 10 menu minuman disediakan adalah menu paling tinggi permintaan­nya.

“Ini termasuk perisa coklat, bandung coklat, mangga, kelapa, oren dan tembikai susu dengan harga antara RM3 hingga RM5,” katanya pada hari pengenalan konsep baru, CoolBlog X di sini, semalam.

Menurut Loh, menjelang akhir tahun depan, pihaknya menyasarka­n 20 kios dibuka di seluruh negara.

Memandangk­an CoolBlog X menawarkan kios mudah alih yang lebih kecil dan fleksibel, Keith berkata, ia bukan saja diletakkan di pusat beli-belah, malah lokasi tumpuan lain seperti terminal bas atau tren, kampus universiti atau stesen minyak.

“Ia projek perintis dan kita menyasarka­n memperkena­lkan program francais CoolBlog X penghujung tahun ini,” katanya.

Loh berkata, pihaknya mengalu-alukan golongan muda yang mahu berjinak dalam bidang perniagaan mencuba penjualan CoolBlog X yang lebih murah.

“Sebagai modal perniagaan, CoolBlog X hanya memerlukan RM35,000 saja, malah kita menyediaka­n latihan antara seminggu hingga dua minggu. sebelum seseorang itu mula mengusahak­annya.

“CoolBlog X sesuai untuk lepasan universiti,” katanya.

 ??  ?? LOH menunjukka­n sebahagian daripada 10 minuman pilihan ramai yang disediakan di kios CoolBlog X.
LOH menunjukka­n sebahagian daripada 10 minuman pilihan ramai yang disediakan di kios CoolBlog X.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia