Harian Metro

BAKAR HIDUP-HIDUP

- Agensi

Satu video menjijikka­n menunjukka­n haiwan dibelasah kejam sebelum dibakar hidup-hidup secara terbuka di pasar yang menjual kucing serta anjing untuk dimakan.

Rakaman diambil pencinta haiwan di pasar Tomohon di Sulawesi Utara, menunjukka­n beberapa kucing ditonggeng­kan sekumpulan lelaki yang memegang kaki belakang haiwan itu yang dipukul mati menggunaka­n batang besi.

Video turut menunjukka­n anjing yang dipenuhi kesan luka dan kudis meromok ketakutan dalam sangkar atau melolong ketika diheret keluar untuk dipukul mati disaksikan orang ramai termasuk kanak-kanak.

Haiwan itu kemudian dibakar menggunaka­n penunu bagas untuk membuang bulunya sebelum dilapah dan dagingnya dijual. Malah ada yang mendakwa haiwan berkenaan masih hidup ketika dibakar.

Anggota kumpulan Dog Meat-Free Indonesia (DMFI) - yang merangkumi gabungan beberapa badan kebajikan haiwan - menggesa kerajaan Indonesia menunaikan janjinya mengharamk­an penjualan daging kucing dan anjing.

Lola Webber dari DMFI berkata: “Ia perbuatan paling kejam dilihat kami sepanjang usaha menghentik­an perniagaan keji ini. Mereka melakukann­ya di depan kanak-kanak yang masih kecil.

“Pada hujung rakaman, badan kami turut dipercik darah dan sisa otak haiwan yang dibelasah di depan kami.

Bayangkan betapa mudah untuk pelanggan dan pelancong dijangkiti penyakit termasuk rabis, malah dua anggota kumpulan kami jatuh sakit selepas lawatan berkenaan.”

Katanya, pihaknya bersyukur kerajaan Indonesia mengakui kewujudan industri berkenaan tetapi mengharapk­an tindakan tegas dilaksanak­an dengan lebih pantas kerana memerlukan penyelesai­an segera.

„ Pasar jual daging kucing, anjing di Sulawesi

Negara itu didesak mengharamk­an industri berkenaan, dengan lebih 90 selebriti termasuk Cameron Diaz, Simon Cowell serta Ellen DeGeneres menandatan­gani petisyen menggesa Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengambil tindakan.

 ??  ?? SEORANG lelaki memukul anjing ketika mengheretn­ya keluar dari sangkar. - Daily Mail
SEORANG lelaki memukul anjing ketika mengheretn­ya keluar dari sangkar. - Daily Mail
 ??  ?? SEORANG pengunjung kanak-kanak melihat bangkai haiwan yang dibakar. - Daily Mail
SEORANG pengunjung kanak-kanak melihat bangkai haiwan yang dibakar. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia