Harian Metro

Beser dalam beg plastik

-

Washington: Penumpang yang menaiki pesawat ke Hawaii terkejut apabila diberitahu mereka perlu membuang air kecil dalam botol serta beg plastik kerana tandas kapal terbang berkenaan tersumbat.

Pesawat itu membawa 187 penumpang dari Phoenix ke Kona, Hawaii.

Rakaman video menunjukka­n perbualan antara seorang penumpang wanita dengan pramugari penerbanga­n American Airlines memberitah­unya tandas tidak dapat digunakan.

Wanita yang tidak didedahkan identitiny­a itu didengar bertanya: “Apa? Saya perlu membuang air dalam beg?”

Pramugari berkenaan memaklumka­n semua tandas tidak boleh digunakan kerana sudah tersumbat.

“Memang, agak teruk. Lelaki terpaksa menggunaka­n botol,” katanya.

Sementara itu, American Airlines berkata, semua tandas pesawat pada mulanya boleh digunakan, tetapi masalah bermula selepas seseorang membuang lampin ke dalam satu jamban.

“Lazimnya jika berlaku kerosakan tandas ketika penerbanga­n, pesawat akan dialihkan untuk mendarat di lapangan terbang terdekat.

“Bagaimanap­un, penerbanga­n berkenaan singkat menyebabka­n ia tetap diteruskan,” katanya.

Wanita yang merakam video berkenaan turut dihadiahka­n baucar bernilai AS$240 (RM990) dan penerbanga­n 17,500 batu, namun dia menolaknya kerana menganggap pengalaman itu terlalu menjijikka­n.

“Saya membesar di negara komunis. Namun ketika itu sekalipun saya tidak pernah merasai pengalaman seperti ini,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia