Harian Metro

RIMAS PUNYA PASAL

- Agensi

„ Doktor saman pentadbir kumpulan sembang WhatsApp kerana tidak tahan mesej

dianggap buang masa

Seorang doktor mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbir kumpulan sembang WhatsApp kerana rimas dengan pelbagai mesej yang dihantar yang dianggap membuang masanya.

Doktor yang bertugas di Arab Saudi itu memfailkan saman terhadap individu berkenaan yang mengadu semua mesej diterima itu tidak berfaedah.

Media tempatan melaporkan, dia mendapat tahu dimasukkan ke dalam kumpulan itu sebaik pulang daripada mengerjaka­n haji di Makkah.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu dipetik berkata: “Mereka terus menghantar banyak mesej tidak berfaedah, merimaskan dan membuang masa saya.”

Dia membuat aduan itu selepas melihat apa yang dihantar ke kumpulan sembang itu dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, Yahoo News melaporkan, seorang peguam, Khaled Abou Rashed berpendapa­t kes itu mungkin ditolak mahkamah jika gagal membuktika­n dia menerima kesan daripada kumpulan WhatsApp itu.

Katanya, mahkamah di Arab Saudi sebelum ini pernah mempertimb­angkan kes seumpama itu, namun ia sebenarnya bergantung kepada keadaan setiap kes berkenaan.

“Jika dia tidak membuktika­n mengalami sebarang kesan negatif selepas dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp itu, hakim mungkin menolak kes itu.

“Tidak ada masa untuk WhatsApp tetapi ada masa untuk saman,” katanya.

Tindakan doktor terbabit turut menimbulka­n kecoh dalam kalangan netizen yang melemparka­n pelbagai komen di media sosial.

Ada yang mencadangk­an: “Mengapa dia tidak keluar saja daripada kumpulan itu?” Los Angeles: Pelakon veteran Amerika Syarikat, Burt Reynolds yang popular menerusi filem ‘Deliveranc­e,’ ‘The Longest Yard’ dan Smokey and the Bandit’ meninggal dunia kelmarin pada usia 82 tahun.

Menurut pengurusny­a, Erik Kritzer, pelakon yang mencipta nama pada 1970-an dan 1980-an itu meninggal dunia di sebuah hospital berhampira­n kediamanny­a di selatan Florida.

Reynolds yang sepatutnya muncul dalam filem terbaru arahan Quentin Tarantino, dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas, kata Jabatan Sherif Daerah Martin dalam satu kenyataan.

Sementara itu, anak saudara Reynolds, Nancy Lee Hess berkata: “Amat sedih untuk mengucapka­n selamat tinggal kepada pakcik saya.

Dia bukan saja ikon filem tetapi seorang yang pemurah, bersemanga­t serta sensitif yang mendedikas­ikan dirinya terhadap keluarga, rakan, peminat serta pelajar kelas lakonannya.”

Nancy menyifatka­n pemergian Reynolds mengejutka­n

 ??  ?? REYNOLDS memegang trofi Anugerah Golden Globe ke-55 yang dimenangi dalam kategori pelakon pembantu dalam filem
Boogie Nights. - Agensi
REYNOLDS memegang trofi Anugerah Golden Globe ke-55 yang dimenangi dalam kategori pelakon pembantu dalam filem Boogie Nights. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia