Harian Metro

J DURIAN RUNTUH

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

agoan berbasikal trek negara Azizulhasn­i Awang bakal menerima ‘durian runtuh’ Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM113,333 hasil kejayaanny­a membolot ketiga-tiga pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini.

Ia hasil kejayaan juara keirin dunia 2016 itu memenangi pingat emas acara pecut lelaki di samping pingat perak dalam acara pecut berpasukan dan keirin (gangsa).

Selain Azizulhasn­i, enam lagi pemenang pingat emas selain pemenang pingat perak dan gangsa dalam temasya sukan berkenaan bakal menerima habuan mencecah RM1.5 juta menerusi skim berkenaan.

Turut tidak ketinggala­n pemain bowling negara, Muhammad Rafiq Ismail yang dijangka membawa pulang imbuhan RM 93,333 selepas memenangi satu emas dan satu perak.

Datuk Nicol David pula dijangka menerima RM85,000 selepas menang pingat emas dalam acara skuasy wanita individu dan gangsa dalam acara berpasukan wanita.

Atlet pelayaran Muhammad Fauzi Kaman Shah,16, yang mencipta kejutan menjadi atlet termuda meraih emas dalam acara terbuka laser 4.7 turut dijangka membawa pulang RM80,000 selepas meraih emas dalam acara

Untuk rekod, insentif kendalian Majlis Sukan Negara (MSN) itu menawarkan ganjaran RM80,000 kepada pemenang emas acara individu, berbanding acara berpasukan yang nilainya dipecahkan mengikut jumlah ahli pasukan.

Sebanyak tujuh pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa dimenangi kontinjen negara di Sukan Asia kali ini.

Walaupun mencapai sasaran ditetapkan, namun pencapaian itu tetap dianggap kurang memuaskan apatah lagi dengan pelaburan ratusan juta ringgit ke atas Program Podium sejak dua tahun lalu.

„ Azizul bakal terima RM113,333 ganjaran SHAKAM

 ??  ?? AZIZULHASN­I
AZIZULHASN­I
 ??  ??
 ??  ?? NICOL dapat RM85,000.
NICOL dapat RM85,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia