Harian Metro

MAZLAN PALING LAYAK

„ Rekod cemerlang ketuai Program Jaya 98 jadi ukuran

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

“Tidak perlu jawatan Pengarah Program Podium lagi buat masa ini.”

Itu reaksi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa ketika mengulas mengenai pengganti paling sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan itu selepas Tim Newenham sah meletakkan jawatannya baru-baru ini.

Sebaliknya, Mohd Sadek berpendapa­t Institut Sukan Negara (ISN) perlu mewujudkan satu jawatankua­sa khas bagi menguruska­n program berkenaan.

Justeru, beliau mencadangk­an bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad mengetuai jawatankua­sa berkenaan.

“Kita tidak perlu mencari pengganti buat Newenham, sebaliknya mewujudkan jawatankua­sa khas Program Podium yang mempunyai pelbagai kepakaran bagi mengurus dan membangunk­an program itu.

“Lagipun, kita tidak mempunyai masa kerana hanya 18 bulan lagi sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula.

“Malah, kita juga boleh libatkan wakil daripada sukan yang layak sebagai contoh wakil basikal, memanah dan pelayaran.

“Dan biarkan ia dipengerus­ikan oleh individu yang berpengala­man luas dan di luar politik dengan mereka ini melaporkan terus kepada menteri.

“Pada hemat saya, Datuk Mazlan paling layak selepas pernah mengetuai MSN selain menjadi arkitek di sebalik kejayaan Program Jaya ‘98 sekali gus meletakkan penanda aras tinggi buat sukan negara dan beliau juga begitu di- hormati,” katanya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara peribadi mahu calon tempatan mengetuai Program Podium susulan peletakan jawatan Newenham.

Beliau percaya, Malaysia mempunyai ramai tokoh dalam kalangan calon tempatan yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan itu dalam misi memastikan kontinjen negara meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

 ?? Mohd Sadek Mustaffa ?? Beliau adalah arkitek di sebalik kejayaan Program Jaya ‘98”
MAZLAN
Mohd Sadek Mustaffa Beliau adalah arkitek di sebalik kejayaan Program Jaya ‘98” MAZLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia