Harian Metro

Podium perlu calon arif sains sukan

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Sama ada kepakaran tempatan atau luar, ia tidak menjadi masalah asalkan individu itu memahami dengan arif penggunaan sains sukan.

Itu pandangan bekas Pengarah Program Podium, Tim Newenham ketika ditanya mengenai kualiti yang diperlukan oleh individu yang akan menggantik­an tempatnya selepas pengarah kelahiran England itu sah meletakkan jawatannya, baru-baru ini.

Bekas mentor jurulatih kebangsaan olahraga England itu menjadi ‘korban’ susulan kegagalan atlet negara menempatka­n diri dalam kelompok 10 terbaik pada Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta-Palembang apabila sekadar membawa pulang tujuh pingat emas masing-masing daripada dua temasya itu.

“Saya tidak boleh mengulas mengenai calon yang sesuai tapi kalau anda bertanyaka­n mengenai kualiti yang patut ada pada Pengarah Podium, beliau mestilah tahu sains sukan memandangk­an ia digunakan secara meluas dalam program ini.

“Mereka juga perlu ada komunikasi yang baik. Sama ada calon tempatan atau luar, anda tidak perlu membezakan kepakaran mereka apabila bekerja sebagai satu pasukan.

“Jadi saya berpendapa­t, individu sebegitu sebagai calon terbaik untuk mengemudi Program Podium. Bagaimanap­un, semuanya terserah kepada pihak pengurusan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara peribadi mahu calon tempatan mengetuai Program Podium susulan peletakan jawatan Newenham.

Beliau percaya, Malaysia mempunyai ramai tokoh dalam kalangan calon tempatan yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan itu dalam misi memastikan kontinjen negara meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

 ?? Tim Newenham ?? Sama ada calon tempatan atau luar, anda tidak perlu membezakan kepakaran mereka apabila bekerja sebagai satu pasukan”
Tim Newenham Sama ada calon tempatan atau luar, anda tidak perlu membezakan kepakaran mereka apabila bekerja sebagai satu pasukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia