Harian Metro

‘Jangan pertikai keputusan majlis’

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pengarah prestasi tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menjelaska­n pengarah kejurulati­han hanya perlu memberi jawapan kepada satu atau dua pegawai tertinggi saja dan tidak lebih dari itu.

Pandangan yang dilontarka­n James itu susulan hasrat badan induk berkenaan melantik pengarah kejurulati­han yang baharu berikutan beberapa keputusan buruk diraih skuad badminton negara.

Menurut James yang berkhidmat bersama BAM selama dua tahun (2010-2012) - pengarah kejurulati­han mesti diberikan kebebasan tanpa campur tangan dari pihak lain.

“Rancangan untuk membawa masuk pengarah kejurulati­han adalah keputusan yang tepat, perkara itu tidak boleh dipertikai­kan, tetapi adakah beliau akan diberikan mandat penuh?

“Sebelum ini, kita ada Park Joo Bong dari Korea Selatan, Rexy Mainaky dari Indonesia dan Morten Frost pula dari Denmark yang mempunyai dua tugas tersendiri. Namun, mereka semua hilang dengan tiba-tiba... Kenapa?

“Jika ada campur tangan, maka ia akan menjadi sukar. Secara peribadi, tidak kira sama ada jurulatih tempatan atau asing. Paling penting adalah pengarah kejurulati­han perlu seseorang yang bijak dalam menganalis­is apa yang perlu dilakukan.

“Memiliki lima jurulatih satu perkara yang bagus, tetapi lima jurulatih ini memerlukan ketua. Ketua (pengarah kejurulati­han) mestilah seorang bekas pemain yang akan melihat program mereka, memantau apa yang baik dan buruk. Bagi mengkaji dan menganalis­is persembaha­n ketika latihan dan kejohanan.

“Namun, ia tidak akan memberi apa-apa makna jika ada campur tangan luar. Bagi saya, pengarah kejurulati­han hanya perlu memberi jawapan kepada satu atau dua orang.

“Jika dia berada di bawah Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T), maka jawapannya hanya kepada pengerusi C&T, dan mungkin juga kepada presiden, tiada orang lain,” kata James, semalam.

Kelmarin, Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, menekankan kepentinga­n pelantikan pengarah kejurulati­han yang boleh memberi tumpuan kepada program untuk meningkatk­an kekuatan mental dalam diri pemain badminton negara.

Norza juga menjelaska­n bahawa persatuan kebangsaan itu tidak tergesa-gesa untuk melantik pengarah kejurulati­han kerana terdapat banyak faktor penting yang perlu dipertimba­ngkan seperti kekangan kewangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia