Harian Metro

HAMPIRI GELARAN GRAND SLAM

Serena mara ke final Terbuka AS selepas benam Anastasija

-

Juara enam kali, Serena Williams menyingkir­kan Anastasija Sevastova semalam untuk melangkah ke final kesembilan­nya pada Terbuka Amerika Syarikat menentang pemain yang mencetus kejutan besar dari Jepun, Naomi Osaka.

Serena, pilihan ke-17 yang berada di landasan baik untuk merangkul gelaran Grand Slam ke-23 dan kali pertama sejak melahirkan anak perempuann­ya, Olympia tahun lalu, hanya memerlukan 66 minit sebelum menewaskan pilihan ke-19, Anastasija 6-3, 6-0.

Naomi, yang diletakkan pilihan ke-20, muncul pemain wanita pertama Jepun mara ke final Grand Slam susulan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas pemain AS, Madison Keys yang juga naib juara tahun lalu.

Serena menyifatka­n kejayaan ke final sebagai ‘menakjubka­n’ selepas dia turut terpaksa menjalani pembedahan membuang darah beku yang mengancam nyawanya selepas melahirkan anak tahun lalu.

“Untuk melaluinya, di atas katil hospital, tidak mampu untuk bergerak dan berjalan atau melakukan apa-apa, kini hanya setahun kemudian, saya tidak berlatih, tapi saya akhirnya berada di final ini, untuk kali kedua berturut-turut,” kata Serena yang turut mara ke final Wimbledon.

“Untuk berada sejauh ini dengan amat pantas... saya benar-benar tidak sabar untuk menantikan sebarang kemungkina­n.”

Dalam dua edisi

Terbuka AS, 2015 dan 2016, Serena tewas di separuh akhir tetapi gelaran keenam di New York tahun lalu menyaksika­nnya kini hanya memerlukan satu gelaran untuk mengatasi rekod Chris Evert.

Malah, dia hanya memerlukan satu gelaran Grand Slam untuk menyamai rekod yang dipegang oleh legenda Australia, Margaret Court iaitu 24 kejuaraan.

Naomi, 20, yang layak ke separuh akhir Grand Slam buat kali pertama dalam kariernya mengakui semangatny­a didorong oleh pertembung­an ‘impian’ dengan Serena.

Ketika ditanya bagaimana dia berjaya menyelamat­kan 13 mata ‘break’ bertemu Madison, Naomi berkata: “Saya hanya berfikir yang saya benar-benar mahu bermain menentang

Serena.

“Saya lega dapat melepasi perlawanan ini,” kata

Naomi yang memenangi pertemuan tunggal menentang

Serena di Miami Mac lalu.

 ??  ?? SERENA
ANASTASIJA
SERENA ANASTASIJA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia