Harian Metro

Tonggak PKNP pertahan emas acara bola sepak

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Lapan pemain PKNP FC menjadi taruhan utama Perak untuk mempertaha­nkan pingat emas acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA), sekali gus mahu melakar sejarah memenangin­ya tiga kali berturut-turut.

Lapan pemain itu terdiri daripada Syafiq Afifi Suhaimi (penjaga gol), Filemon Anyie Standly, Sabir Salim, Syahmi Shukri (pertahanan, gambar)), Afif Safwan Sallahuddi­n, Hafidz Kamaruddin, Aysraaf Mat Pushni dan Saifuddin Khairil Anuar (penyerang)menjadi tonggak utama sambil dibantu pemain Piala Presiden Perak.

Jurulatih Chan Wing Hoong berkata, pendedahan diterima lapan pemain itu sepanjang bersama skuad utama PKNP sudah cukup mematangka­n mereka untuk beraksi pada SUKMA kali ini, sekali gus diharap mampu memikul tanggungja­wab diberikan.

“Sejak awal musim ini, kami menyerap pemain pasukan Piala Presiden secara berperingk­at ke dalam skuad utama PKNP bagi tujuan memberikan mereka pendedahan.

“Malah beberapa pemain seperti Alif, Sabir, Syafiq dan Filemon beberapa kali diturunkan dalam kesebelasa­n utama PKNP untuk perlawanan Liga Super.

“Saya rasa dengan pengalaman beraksi dalam Liga Super, mereka sudah cukup matang untuk membawa ca- baran Perak pada SUKMA kali ini malah saya tidak nafikan mereka menjadi sandaran utama untuk mempertaha­nkan emas,” katanya.

Selain lapan pemain itu, Perak turut diperkuatk­an oleh penjaga gol simpanan skuad Liga Super The Bos Gaurus, Nasrullah Aziz dan Derek Leong yang beraksi di luar negara bersama City University of Hong Kong dalam Liga Universiti Hong Kong.

Wing Hoong yang juga penolong jurulatih PKNP bagaimanap­un tidak mahu terlalu yakin atau memberi tekanan ke atas pemainnya untuk memenangi emas walaupun menyedari harapan yang diletakkan ke atas mereka amat tinggi.

“Sebagai juara dua kali berturut-turut (2014 dan 2016), memang Perak mahu mencipta sejarah untuk melakukan hatrik. Tapi kami tidak boleh terlalu yakin kerana pasukan seperti Kedah dan Terengganu juga memiliki skuad yang kuat.

“Kami lebih selesa mengharung­i satu perlawanan ke satu perlawanan tanpa terlalu memikirkan mengenai emas,” ujar Wing Hoong.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia