Harian Metro

Tewas kepada Taiwan, Cheng Hoe berdepan tugas sukar

-

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya nampaknya perlu bekerja keras jika mahu melangkah jauh dalam Kejohanan Piala AFF yang bermula November ini, apabila tewas 0-2 di tangan Taiwan dalam aksi persahabat­an di Taipei City malam tadi.

Berbaki hanya dua bulan sebelum kejohanan bermula, nyata pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe

berdepan misi penting untuk membentuk skuad yang lebih mantap.

Begitupun, kekalahan itu mungkin memberi impak yang diharapkan bekas pengendali

(gambar)

Kedah itu untuk mengenalpa­sti segala kelemahan yang masih membelengg­u skuad Harimau Malaya.

Namun, Cheng Hoe pasti sedikit kecewa apabila tidak dapat melihat prestasi sebenar anak buahnya berikutan beraksi di atas permukaan padang yang teruk akibat hujan sebelum perlawanan.

Kedua-dua pasukan tampak bergelut untuk mengatur gerakan yang lebih mantap apabila bola sering tersangkut dalam takungan air.

Bagaimanap­un, Taiwan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-13 menerusi Wu Chun Ching selepas pemain itu bijak menolak masuk bola ke dalam gawang ketika berlaku kelam kabut di depan pintu gol Harimau Malaya.

Chu En-Le kemudian menambah gol kedua tuan rumah pada minit ke-53 selepas menyudahka­n hantaran daripada Li Mao.

Percubaan terbaik Harimau Malaya hanya hadir pada minit ke-64 menerusi rembatan leret Akhyar Rashid yang sekadar singgah di tiang gol Taiwan.

Ia adalah kekalahan kedua yang dialami Cheng Hoe selepas mengendali­kan lima perlawanan Harimau Malaya sejak dilantik sebagai pengganti Nelo Vingada, Disember lalu.

Anak buah Cheng Hoe seterusnya akan terbang ke Phnom Penh bagi mengharung­i satu lagi aksi persahabat­an antarabang­sa berdepan Kemboja, Isnin ini.

Selepas itu, Harimau Malaya juga bakal mengharung­i tiga lagi aksi persahabat­an berdepan Sri Lanka dan Kyrgyzstan pada 12 dan 16 Oktober ini sebelum menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia