Harian Metro

GIGIH DALAM DAIF

- Mohd Roji Kawi cnews@nstp.com.my

Kementeria­n Pendidikan memberi perhatian kepada dua aspek utama untuk membantu meningkatk­an pendidikan di Sarawak.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, dua aspek yang menjadi keutamaan ialah penyediaan prasarana sempurna serta meningkatk­an kualiti pendidikan, khususnya di luar bandar.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat menyediaka­n peruntukan besar dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi membaiki sekolah uzur di seluruh negeri ini.

“Peruntukan RM2.7 bilion disediakan di bawah RMK-11 yang memberi tumpuan terhadap usaha membaiki sekolah uzur di Sarawak.

“Tahun ini sebanyak RM100 juta bakal dibelanjak­an

RM2.7 bilion peruntukan baiki sekolah uzur di Sarawak

bagi tujuan itu di Sa- rawak,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Dr Maszlee berkata, dalam kunjungann­ya ke sekolah luar bandar kelmarin, beliau sempat meninjau keadaan empat sekolah di Simunjan dan Sadong Jaya yang struktur bangunanny­a semakin uzur dan daif.

“Saya terharu dengan kesungguha­n dan kegigihan guru serta pelajar yang gigih dengan semangat berkobar-kobar menimba ilmu walaupun dalam keadaan prasarana serba kekurangan.

“Saya sedia berbincang dengan institusi pengajian tinggi untuk membuka peluang lebih luas kepada pelajar di luar bandar untuk melanjutka­n pelajaran mereka, khususnya dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

 ??  ?? MASZLEE dan Abang Johari di Pejabat Ketua Menteri, DUN Sarawak, semalam.
MASZLEE dan Abang Johari di Pejabat Ketua Menteri, DUN Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia