Harian Metro

‘KAMI SALING MELENGKAPI’

„ Perkahwina­n lelaki bertubuh kecil dengan jururawat tarik perhatian netizen

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Ketika menunjukka­n foto pilihan hatinya kepada rakan, mereka seperti tidak percaya dia mahu bernikah dengan lelaki berfizikal lebih kecil dari dirinya.

Malah, saat memperkena­lkan bakal suami kepada keluargany­a, ibunya menasihati supaya berfikir banyak kali.

Namun, bagi Nor Adida Ahmad, 25, dia yakin Rohaizad Jamaludin, 35, adalah jodohnya dan pilihan terbaik buat dirinya.

Menurut jururawat sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar, Kedah itu, kali pertama dia mengenali lelaki berkenaan tiga tahun lalu dan mengakui terpaut dengan watak tersendiri lelaki itu yang pandai menghiburk­an hatinya.

“Ketika itu saya masih bertugas di Seremban,

Negeri Sembilan dan secara kebetulan suami juga bekerja di berhampira­n tempat kerja saya.

“Pada mulanya kami sekadar berkawan, namun lama kelamaan saya rasa selesa dan sedar dia pilihan terbaik buat saya.

“Dia ada ciri suami idaman saya. Sangat menepati janji, bertanggun­gjawab dan paling penting dia kelakar yang membuatkan hati saya selalu terhibur,” katanya.

Menurutnya, seperti diduga, perbezaan fizikal antara pilihan hatinya itu mengundang rasa janggal dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat ketika kali pertama dia memperkena­lkan lelaki itu kepada mereka.

“Mula-mula tunjuk gambar bakal suami kepada rakan, mereka cakap...betul ke

macam adik je?

“Malah, ketika bawa dia kenalkan dengan keluarga, emak menasihati saya supaya berfikir banyak kali kerana dia tidak mahu saya menyesal di kemudian hari apabila bersuamika­n orang lebih kecil daripada fizikal saya.

“Namun, perkara itu tidak menjadi isu besar sebaliknya orang terdekat menyokong keputusan saya berkahwin dengan pilihan hati,” katanya mereka diijabkabu­lkan pada 24 Ogos lalu.

Katanya, disebabkan mempunyai perbezaan fizikal yang ketara antara suaminya mereka kerap menjadi perhatian orang ramai

ketika keluar di tempat awam. “Kalau kami jalan berdua, memang orang akan pandang dua tiga kali. Secara jujurnya saya tidak malu bersuamika­n dia.

“Mungkin pada orang lain pelik, tetapi bagi saya suami anugerah terindah lagipun kunci kebahagiaa­n bukan terletak kepada rupa paras dan fizikal.

“Ada juga sesetengah netizen memperleke­hkan pilihan hati dan beranggapa­n saya hanya pandang poket suami namun biarlah apa orang kata saya tetap tak ambil hati,” katanya.

Sementara itu, Rohaizad yang berketingg­ian 140 sentimeter itu berkata, dia bersyukur dipertemuk­an dengan insan yang sudi menerima keadaan dirinya dengan seadanya. “Saya bukan kerdil cuma mempunyai fizikal kecil saja. Jadi sebab itulah mungkin menyebabka­n kami selalu menjadi perhatian bila keluar bersama.

“Apapun, saya amat bersyukur isteri dapat menerima keadaan fizikal saya ini. Doakan kebahagiaa­n kami,”

katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ROHAIZAD yang memiliki fizikal lebih kecil daripada Adida curi perhatian netizen apabila gambar perkahwina­n mereka tular di media sosial baru-baru ini.
ROHAIZAD yang memiliki fizikal lebih kecil daripada Adida curi perhatian netizen apabila gambar perkahwina­n mereka tular di media sosial baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia