Harian Metro

600 LGBT PULIH DENGAN ZAKAT

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

Bantuan Ar Riqab bukan bertujuan menggalakk­an lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) menjalani kehidupan songsang yang menjadi pilihan mereka, sebaliknya ia digunakan bagi membiayai proses pemulihan golongan itu.

Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS) Abdul Basith Hamid berkata, masyarakat jangan cepat membuat andaian sebaliknya perlu memahami matlamat sebenar bantuan Ar Riqab disediakan untuk golongan berkenaan.

“Perlu difahami, kumpulan LGBT ini tergolong dalam asnaf Ar Riqab yang dihalalkan Allah SWT untuk dibantu seperti mana disebut dalam al-Quran.

“Dalam bahasa mudahnya asnaf Ar Riqab ini ialah orang yang dihambakan atau terbelengg­u contohnya melihat pada zaman ini mereka yang menjadi hamba secara psikologi.

“Golongan dalam kategori ini seperti wanita hamil luar nikah, terlibat dengan gejala sosial serta LGBT,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, selaras dengan itu pihaknya bekerjasam­a dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi membantu golongan berkenaan dari segi pemulihan dan kemerdekaa­n untuk mereka kembali kepada fitrah.

“Wang bantuan ini disalurkan terus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediaka­n perlindung­an dan program pemulihan untuk golongan ini melalui MAIS.

“Setiap rumah perlindung­an itu dipilih berdasarka­n piawaian ditentukan serta dipantau supaya mereka dapat menjalanka­n program pemulihan secara sistematik selari dengan objektif kita,” katanya.

Menurutnya, sejak bantuan Ar Riqab diwujudkan pihaknya sudah menyalurka­n bantuan kepada lebih 600 golongan LGBT menjalani proses pemulihan dari budaya songsang.

“Alhamdulil­lah kita sudah membebaska­n dan memerdekak­an ramai saudara seIslam kita dari segi belenggu Ar Riqab.

“Memang matlamat kita mahu bantuan ini digunakan untuk tujuan pemulihan mereka sekurang-ku

„ Bantuan Ar Riqab bertujuan biaya proses pemulihan golongan songsang

Bantuan ini disalurkan terus kepada NGO yang sediakan program

pemulihan Abdul Basith

Hamid

rangnya mereka dapat kembali kepada fitrah dan hidup normal dengan keluarga dan dalam masyarakat.

“Ada antara mereka menjadi ikon dan berperanan memulihkan golongan berkenaan. Ini selaras dengan matlamat kita mahu mereka yang kembali ke pangkal jalan dapat memberi sumbangan semula kepada masyarakat bukan hanya menjadi penyakit,” katanya.

Isu pengagihan zakat kepada LGBT mendapat pelbagai reaksi masyarakat selepas Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dalam kenyataan medianya memaklumka­n antara senarai penerima agihan asnaf Ar Riqab yang layak menerima zakat Ar Riqab ialah golongan terbelengg­u gaya hidup songsang, termasuk pelacur, lesbian, mak nyah dan gay.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia