Harian Metro

RM3.20 = RM30,000

„ Peniaga didapati bersalah jual Milo ais dengan harga tak masuk akal

- Kalidevi Mogan Kumurappa, Amir Abd Hamid dan Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

> Reaksi bercampurb­aur apabila pengusaha restoran nasi kandar di Kota Kinabalu didenda RM30,000 atau enam bulan penjara kerana menjual Milo ais pada harga RM3.20 segelas. Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menganggap­nya terlalu berat, pengguna pula ada yang menyokong dan patut dijadikan pengajaran kepada peniaga cekik darah sementara yang lain berpendapa­t tidak boleh terlalu bengis dalam menghukum.

Seorang pemilik restoran didenda RM30,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menjual Milo ais pada harga tidak munasabah.

Difahamkan, ia kes pertama seumpamany­a yang melalui perbicaraa­n penuh mahkamah di negara ini.

Hakim Egusra Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Shihan Mohd Salim, 28, pemilik premis Anak Mami The Restaurant 3 di sini, selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie ke atasnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarka­n mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk melengkapk­an maklumat serta mengemukak­an resit jualan antara Januari 2015 sehingga Mac 2016 bagi minuman Milo ais.

Selain itu, tertuduh tidak dapat menunjukka­n invois belian bagi produk Milo, susu dan ais selain tanda harga minuman berkenaan bagi tempoh sama dalam masa tujuh hari bekerja bermula 9 Mei 2016.

Tertuduh yang diwakili peguam PJ Pereira, kali pertama didakwa di mahkamah pada 24 Oktober 2016.

Pendakwaan kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Geoffery Gumalang dan Azmil Aspara.

Sementara itu, Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah dalam sidang media berkata, peniaga berkenaan didapati menjual Milo ais di premisnya dengan harga RM3.20 segelas dan harga itu dirasakan agak mahal oleh pengguna sebelum aduan dibuat pada 7 Mac 2016.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga atau pemilik premis makanan mengambil iktibar daripada kes terbabit dan tidak meletakkan harga terlalu tinggi bagi setiap hidangan yang dijual.

“Saya juga menasihatk­an pengguna supaya melaporkan terus kepada KPDNHEP jika ada sebarang keraguan berkaitan harga barangan yang dibeli termasuk makanan serta minuman,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? “Saya juga menasihatk­an pengguna supaya melaporkan terus kepada KPDNHEP jika ada sebarang keraguan berkaitan harga barangan yang dibeli termasuk makanan serta minuman” Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah
“Saya juga menasihatk­an pengguna supaya melaporkan terus kepada KPDNHEP jika ada sebarang keraguan berkaitan harga barangan yang dibeli termasuk makanan serta minuman” Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia